Ubat kelas perencat phosphodiesterase III yang diambil melalui mulut untuk jangka panjang dikaitkan dengan peningkatan kematian dalam kegagalan jantung

Terdapat beberapa pilihan sedia ada untuk merawat gejala kegagalan jantung kronik. Ini termasuk perencat ACE, ubat-ubat sekatan beta dan spironolactone, yang menghasilkan peningkatan jangka hayat. Satu lagi strategi ialah meningkatkan kekuatan tindakan mengepam jantung seperti digitalis dan perencat phosphodiesterase III. Ulasan jelas menunjukkan bukti bahawa orang yang dirawat untuk kegagalan jantung kronik selama tiga bulan atau lebih dengan perencat phosphodiesterase III adalah lebih cenderung untuk mati daripada orang yang diberi rawatan plasebo tidak aktif.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save