Terapi penyelenggaraan methadon berbanding dengan terapi tanpa penggantian opioid

Rawatan penyelenggaraan methadone boleh mengekalkan orang-orang yang bergantung kepada heroin dalam program rawatan dan mengurangkan penggunaan heroin mereka. Methadon adalah alternatif yang paling banyak digunakan untuk heroin dalam penyelenggaraan perubatan atau progam detoksifikasi. Beberapa detoksifikasi tanpa ubat dan pemulihan kaedah juga digunakan untuk mencuba dan membantu orang berhenti menggunakan heroin. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa orang telah menarik diri daripada ujian klnikal apabila mereka ditugaskan untuk program tanpa dadah. Oleh itu, tiada ujian membandingkan rawatan penyelenggaraan metadon dengan kaedah tanpa dadah selain daripada ujian plasebo methadon, atau membandingkan penyelenggaraan metadon dengan methadon untuk detoksifikasi sahaja. Ujian-ujian ini menunjukkan bahawa methadon boleh mengurangkan penggunaan heroin dalam orang yang bergantungan, dan mengekalkan mereka dalam program-program rawatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Wai Kay (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi wk_wong@ms.pmc.edu.my

Tools
Information