Rawatan untuk melawan jangkitan kulat yang menyebabkan alahan aspergillosis bronkopulmonari pada orang dengan fibrosis sistik

Soalan ulasan

Kami merancang untuk mengulas bukti tentang kesan rawatan untuk melawan jangkitan kulat yang menyebabkan alahan aspergillosis bronkopulmonari (ABPA) pada orang dengan fibrosis sistik.

Latar belakang

ABPA ialah tindak balas alahan paru-paru kepada sejenis kulat (biasanya Aspergillus fumigatus) pada sesetengah orang dengan fibrosis sistik. Ia menyebabkan batuk dan semput, dan kadangkala demam. Sekiranya tidak dirawat, ABPA boleh menyebabkan kerosakan paru-paru jangka panjang. Ia biasanya dirawat dengan dos kortikosteroid yang tinggi (juga dikenali sebagai steroid). Walau bagaimanapun, belum terbukti bahawa kortikosteroid boleh menghalang fungsi paru-paru daripada merosot dalam jangka panjang. Selain itu, penggunaan jangka panjang kortikosteroid dikaitkan dengan beberapa kesan sampingan yang serius. Merawat kulat yang menyebabkan ABPA mungkin merupakan alternatif kepada menggunakan dos kortikosteroid yang tinggi untuk memerangi tindak balas alahan. Ini adalah kemas kini bagi ulasan yang telah diterbitkan sebelumnya.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga 28 September 2021.

Ciri-ciri kajian

Kami tidak menemui sebarang kajian yang boleh kami sertakan dalam ulasan.

Keputusan utama

Pada masa ini tiada bukti untuk mengesyorkan penggunaan rawatan antikulat pada orang dengan fibrosis sistik dan ABPA.

Kami memerlukan kajian untuk menilai kesan kortikosteroid dalam populasi ini dalam jangka masa panjang dan pendek.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Patricia Ponniah (Klinik Pergigian Seremban). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information