Masih menunggu bukti mengenai herba perubatan Cina untuk hepatitis B kronik

Hepatitis B kronik adalah penyakit berjangkit pada hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B. Sekitar 350 juta orang di seluruh dunia adalah pembawa kronik yang dijangkiti virus oleh tersebut. Herba perubatan tradisional Cina telah lama digunakan untuk merawat penyakit hati kronik di China dan di Asia Tenggara. Ulasan sistematik ini menilai kesan herba perubatan Cina (tunggal atau kompaun) untuk merawat jangkitan hepatitis B kronik.

Ulasan kajian-kajian mendapati beberapa herba perubatan Cina mungkin mempunyai kesan positif terhadap pembersihan virus hepatitis B dan hati yang berpenyakit. Walau bagainamanpun, kualiti metodologi kajian-kajian yang menilai herba-herba ini adalah secara umumnya lemah. Analisis kajian-kajian yang dikenal pasti juga menunjukkan kajian-kajian dengan penemuan positif adalah lebih cenderung untuk diterbitkan daripada kajian tanpa penemuan penting. Tambahan pula, herba perubatan boleh dikaitkan dengan kesan sampingan. Oleh itu, herba perubatan Cina tidak boleh digunakan di luar kajian baru. Menguji herba-herba tersebut dalam kajian-kajian yang lebih besar yang direka bentuk dengan lebih baik adalah perlu bagi mengesahkan bukti yang sesuai untuk penggunaannya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save