Ubat adrenergik untuk inkontinens urinari dalam kalangan orang dewasa

Inkontinens urinari adalah kebocoran air kencing, dan apabila disebabkan oleh batuk atau bersenam, ia disebut inkontinens stres. Ia mungkin disebabkan oleh kerosakan pada otot yang memegang pundi kencing atau memegang leher pundi kencing tertutup. Ubat-ubat agonis adrenergik boleh membantu otot leher pundi kencing untuk kontraksi dengan lebih kuat. Ulasan 22 kajian ini melibatkan 673 wanita dan tujuh ubat adrenergik yang berbeza mendapati bukti lemah bahawa agonis adrenergik boleh membantu inkontinens urinari. Kesan sampingan berlaku tetapi biasanya kecil. Kesan buruk yang lebih serius seperti tekanan darah tinggi boleh berlaku tetapi Jarang. Lebih banyak bukti diperlukan untuk membandingkan ubat-ubatan adrenergik dengan ubat lain untuk inkontinens urinari dan juga dengan senaman otot lantai pelvik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save