Thiazides pilihan utama untuk tekanan darah tinggi

Soalan ulasan:

Dalam kemaskini pertama ulasan yang diterbitkan dalam tahun 2009, pengulas hendak memastikan kelas ubat yang paling baik sebagai pilhana barisan pertama dalam merawat pesakit-pesakit dewasa yang mempunyai peningkatan tekanan darah.

Pengulas telah mencari penulisan perubatan yang boleh didapati untuk mencari semua kajian yang membandingkan ubat-ubatan dengan plasebo atau tanpa rawatan untuk menilai persoalan ini. Data yang dimasukkan dalam ulasan ini adalah terkini sehingga November 2017.

Latar belakang

Tekanan darah tinggi atau hipertensi boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Salah satu keputusan yang paling penting dalam merawat orang yang menghidap tekanan darah tinggi ialah kelas ubat yang manakah pertama-tama digunakan. Keputusan ini memberi kesan yang besar dari segi hasil kesihatan dan kos.

Ciri-ciri kajian

Pengulas mendapati tiada kajian baru dalam pencarian yang dikemas kini ini. Dalam ulasan asal, pengulas mendapati terdapat 24 kajian yang secara rawak membahagikan 58,040 orang dewasa (min umur 62 tahun) dengan tekanan darah tinggi kepada empat kelas ubat-ubatan atau plasebo. Tempoh kajian-kajian ini adalah antara 3 hiingga 5 tahun. Jenis ubat yang dikaji termasuk thiazide diuretik, penyekat beta, perencat ACE, dan penghalang saluran calcium (CCBs).

Keputusan utama

Pengulas menyimpulkan bahawa kebanyakan bukti menunjukkan barisan pertama dengan thiazide dos rendah mengurangkan kematian, strok, dan serangan jantung. Tiada kelas ubat lain yang meningkatkan hasil kesihatan lebih baik daripada thiazide dos rendah. Penyekat beta dan thiazides dos tinggi berada di kedudukan lebih rendah.

Kesimpulan

Bukti berkualiti tinggi menyokong bahawa thiazides dos rendah harus digunakan pertama-tama untuk kebanyakan pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi. Mujurnya, thiazides juga sangat tidak mahal.

Kualiti bukti

Kualiti bukti untuk thiazide dos rendah sebagai ubat barisan pertama adalah tinggi. Untuk ubat-ubatan kelas lain, pengulas memutuskan bahawa kualiti bukti adalah sederhana atau rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my) . Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi teoh.ru@ummc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save