Oxytocin untuk mengelakkan kehilangan darah yang berlebihan kepada wanita ketika dalam peringkat ketiga bersalin

Apakah isunya?

Pengendalian aktif peringkat ketiga bersalin (AMTSL) telah menunjukkan pengurangan risiko kehilangan darah yang berlebihan selepas bersalin. Strategi pendalian ini telah ditakrifkan sebagai pemberian ubat untuk meningkatkan nada dan kontraksi rahim, pengepitan awal tali pusat dan penarikan tali pusat dengan lembut untuk memudahkan pengeluaran plasenta. Walaupun AMTSL telah menjadi amalan standard di kebanyakan negara dan institusi, perlaksanaan komponen individu adalah berbeza-beza. Oxytocin adalah ubat uterotonik yang menggalakkan peningkatan nada dan kontraksi rahim, dan biasanya diberikan dengan segera selepas pelahiran bahu bayi sebagai sebahagian daripada AMTSL. Kajian ini mengambil kira keberkesanan dan keselamatan profilaksis oxytocin dalam peringkat ketiga bersalin berbanding tiada uterotonik, plasebo, alkaloid ergot, dan gabungan dengan ergometrine berbanding alkaloid ergot.

Mengapakah ianya penting?

Pendarahan selepas bersalin adalah salah satu penyebab morbiditi dan mortaliti yang paling lazim di seluruh dunia, oleh itu, pentingnya menentukan strategi pencegahan yang paling berkesan.

Apakah bukti yang kami perolehi?

Kami telah mencari bukti pada bulan Mac 2019 dan mengenal pasti enam kajian yang memenuhi kriteria berkaitan untuk semakan. Hasil daripada tambahan 1100 wanita dari enam kajian ini digabungkan dengan versi kajian sebelumnya untuk sejumlah 10,018 wanita (23 percubaan). Daripada catatan, dua kajian yang dimasukkan sebelum ini dikecualikan daripada kajian semasa atas sebab metodologi.
Majoriti percubaan yang menyumbangkan maklumat kepada kajian ini didapati berisiko tinggi untuk berat sebelah. Kualiti bukti adalah dari tahap yang sangat rendah hingga sederhana, manakala kebanyakan kualiti hasil dinilai rendah kepada sangat rendah.

Keputusan kami menunjukkan bahawa berbanding tiada uterotonik atau plasebo, oxytocin dapat mengurangkan risiko kehilangan darah (kualiti bukti: rendah) dan keperluan uterotonik tambahan (kualiti bukti: sederhana). Kesan oxytocin berbanding dengan alkaloid ergot adalah tidak pasti berkaitan dengan kehilangan darah (kualiti bukti: sangat rendah), memerlukan uterotonik tambahan (kualiti bukti: sangat rendah), dan memerlukan pemindahan darah (kualiti bukti: sangat rendah), tetapi ia boleh meningkatkan risiko tahap ketiga yang lebih daripada 30 minit (kualiti bukti: sederhana). Sama ada ini dikira termasuk dalam peningkatan risiko yang memerlukan pembuangan plasenta secara manual atau tidak adalah tidak pasti (kualiti bukti: sangat rendah). Potensi risiko untuk plasenta tertinggal mesti mengambil kira kemungkinan peningkatan risiko kesan sampingan dengan alkaloid ergot, iaitu termasuk hipertensi diastolik (kualiti bukti: rendah), muntah (kualiti bukti: sangat rendah), dan sakit kepala (kualiti bukti: sangat rendah). Walaupun gabungan oxytocin dan ergometrine mengurangkan sedikit risiko kehilangan darah berbanding alkaloid ergot (kualiti bukti: rendah), kepastian tentang kesimpulan ini adalah rendah memandangkan kualiti kajian yang disumbangkan rendah.

Apakah maksudnya?

Oxytocin boleh mengurangkan kehilangan darah dan keperluan untuk uterotonik tambahan apabila diberikan secara profilaktik pada tahap peringkat ketiga bersalin, dan dengan itu boleh dianggap sebagai komponen AMTSL. Profil kesan sampingan mungkin lebih baik daripada alkaloid ergot, yang mengira kemungkinan peningkatan risiko peringkat ketiga melebihi 30 minit dan faedah yang tidak jelas pada oxytocin atau alkaloid ergot berkaitan dengan kehilangan darah.

Lebih banyak kajian perlu dijalankan dengan plasebo, rawak dan double-blinded untuk meningkatkan kualiti data yang digunakan bagi membandingkan oxytocin dengan alkaloid ergot. Kajian mendatang sepatutnya memasukkan hasil penting seperti kematian ibu, tidak sedar diri, pemindahan ke tahap penjagaan yang lebih tinggi, kesan sampingan serius, dan hasil lain yang berkaitan pesakit. Kajian kompleks besar yang menganalisis semua data yang ada tentang ubat-ubatan uterotonik yang berbeza (meta-analisis rangkaian) akan membantu dalam pemilihan uterotonik dan laluan serta dos pemberian terbaik pada masa hadapan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Syarifah Amirah Balqis Awang (Lincoln University College). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi syamirahbalqis3@gmail.com

Tools
Information
Share/Save