Antibiotik untuk membran terpecah dalam wanita mengandung pada atau hampir jangka tetapi tidak dalam proses bersalin

Latarbelakang

Kadang-kadang beg perlindungan cecair sekitar bayi dalam kandungan (membran) pecah apabila bayi dilahirkan tanpa bermulanya proses bersalin (pengecutan rahim tetap). Ini dipanggil PROM atau kepecahan membran awal sebelum proses bersalin. Apabila ini berlaku, terdapat risiko jangkitan rahim (uterus) dan menjejaskan ibu dan bayinya. Jangkitan bayi baru lahir jarang berlaku tetapi mempunyai potensi untuk menyebabkan kemudaratan yang serius dan memerlukan rawatan rapi neonatal. Memberi antibiotik kepada wanita hamil apabila dia mempunyai PROM boleh mengurangkan risiko jangkitan untuk wanita dan bayinya. Kebanyakan wanita secara spontan mula proses bersalin dalam tempoh 24 jam, jadi melambatkan induksi proses bersalin dan menunggu permulaan proses bersalin spontan (pengurusan mengandung) boleh menjadi satu kemungkinan. Satu lagi rawatan bagi PROM pada jangka adalah untuk mendorong proses bersalin dengan oxytocin atau prostaglandin. Wanita sering diberikan antibiotik untuk mencegah jangkitan, tetapi ada kebimbangan mengenai kemungkinan kesan sampingan antibiotik, dan penggunaan antibiotik berlebihan boleh menyebabkan rintangan terhadap antibiotik maka antibiotik menjadi kurang berkesan.

Soalan sorotan kami

Adakah antibiotik yang diberi kepada wanita dengan PROM apabila mereka berada pada atau hampir jangka masa (usia kandungan lebih daripada 36 minggu) tetapi tidak dalam proses bersalin akan mengurangkan risiko jangkitan untuk bayi dan ibu? Adakah terdapat kesan sampingan daripada antibiotik?

Apa yang ditunjukkan oleh kajian-kajian tersebut

Sorotan ini memasukkan empat kajian rawak terkawal yang melibatkan 2639 wanita hamil pada usia kandungan 36 minggu atau lebih. Bukti menunjukkan bahawa rutin antibiotik bagi PROM pada jangka tidak mengurangkan risiko jangkitan untuk wanita hamil atau bayi mereka berbanding dengan kumpulan kawalan yang menerima plasebo atau tanpa antibiotik. Tiada bukti yang cukup kuat mengenai keputusan lain termasuk kematian, reaksi alahan bagi wanita atau komplikasi untuk bayi, di mana ia jarang berlaku dalam kajian yang terlibat. Kualiti bukti melalui GRADE adalah rendah ke sangat rendah.

Secara keseluruhan

Rumusan daripada sorotan ini adalah terhad kerana bilangan kecil wanita yang mendapat jangkitan dalam keseluruhan kajian. Maklumat tidak mencukupi dalam sorotan ini untuk menilai kemungkinan kesan sampingan daripada penggunaan antibiotik untuk wanita atau bayi mereka, terutamanya bagi sebarang kemudaratan jangka panjang. Oleh kerana kita tidak cukup mengetahui tentang kesan sampingan malah kita tidak menemui bukti kukuh daripada kebaikan antibiotik, ia tidak boleh digunakan secara rutin untuk wanita hamil dengan membran terpecah sebelum jangka proses bersalin, melainkan wanita menunjukkan tanda-tanda jangkitan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information