Oestrogens dan progestins untuk mencegah dan merawat kemurungan selepas bersalin

Penyelidikan tambahan diperlukan untuk menilai kesan oestrogens untuk pencegahan dan rawatan kemurungan selepas bersalin tetapi progesterones sintetik tidak patut diberikan.

Kemurungan selepas bersalin adalah satu komplikasi yang biasa berlaku selepas melahirkan anak dan ia menjejaskan kira-kira 13% daripada wanita. Etiologi hormon sudah lama menjadi hipotesis disebabkan oleh naik dan turunnya kandungan hormon steroid yang berkaitan dengan kehamilan secara mendadak selepas bersalin. Ulasan ini mengenai dua ujian, yang melibatkan 229 wanita, dan mendapati progestogens sintetik tidak menghalang kemurungan selepas bersalin. Disebabkan oleh kesan negatif yang signifikan kepada mood ibu, pemberian progestogens sintetik selepas bersalin untuk tanda-tanda klinikal yang lain (contohnya, perancang keluarga) harus dipersoalkan. Kesan pencegahan oleh progesteron semula jadi masih tidak diketahui. Walaupun penemuan awal nampaknya memberikan kesan yang baik, kajian tambahan juga diperlukan sebelum oestrogens boleh disyorkan untuk rawatan kemurungan secara rutin selepas bersalin. Peranannya dalam pencegahan kemurungan selepas bersalin yang berulang tidak dinilai dengan baik. Oleh itu, penyelidikan yang lebih lanjut diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information