Kebuk pegangan berbanding penebula untuk steroid sedutan dalam asma kronik

Dalam sesuatu serangan asma, saluran udara (saluran ke paru-paru) disempitkan oleh kekejangan otot dan bengkak (keradangan). Menyedut ubat kortikosteroid boleh melegakan kebengkakan, dan meredakan asma. Ubat-ubatan ini biasanya disedut melalui alat sedut dengan kebuk pegangan (peruang) yang menghantar dos terukur, tetapi kini boleh disedur melalui penebula basah. Penebula adalah lebih mahal. Ulasan kajian mendapati tiada bukti yang meyakinkan bahawa penebula untuk kortikosteroid menawarkan sebarang penambahbaikan berbanding steroid sedutan yang dihantar melalui kebuk pegangan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save