Pendidikan pesakit kencing manis tentang penjagaan kaki untuk membantu mengurangkan ulser kaki dan amputasi

Ulser kaki (luka terbuka) adalah biasa dalam kalangan pesakit kencing manis, terutamanya mereka yang mempunyai masalah dalam saraf (neuropati periferal), bekalan darah ke kaki (penyakit vaskular periferal (PVD), atau kedua-duanya. Orang yang mempunyai ulser disebabkan oleh kencing manis kadangkala memerlukan amputasi (pembedahan sebahagian daripada anggota badan). Ulser kaki bukan sahaja menyebabkan kecacatan fizikal dan kehilangan kualiti hidup tetapi juga mengakibatkan beban ekonomi (kos penjagaan kesihatan, ketidakupayaan perindustrian). Matlamatnya adalah untuk mencegah ulser kaki daripada berlaku. Ulasan tentang kajian peringkat tinggi mendapati bahawa mendidik pesakit diabetes mengenai keperluan untuk menjaga kaki mereka seolah-olah meningkatkan pengetahuan dan tingkah laku dalam penjagaan kaki dalam jangka masa pendek. Tiada bukti yang mencukupi yang menyatakan bahawa pendidikan sahaja, tanpa sebarang langkah-langkah pencegahan tambahan, akan mengurangkan ulser dan amputasi secara berkesan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting olehTuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information