Penyaluran tekanan udara positif berterusan melalui hidung yang dimulakan serta-merta selepas kelahiran untuk mencegah penyakit dan kematian dalam bayi sangat pramatang

Soalan Kajian: Sekiranya CPAP dimulakan sejurus selepas kelahiran dan sebelum bermula masalah pernafasan, adakah ia akan mengurangkan keperluan untuk pengudaraan mekanikal dan adakah ia akan mengurangkan kadar 'displasia bronchopulmonary' (BPD)?

Latar belakang: Bayi pramatang mungkin mengalami kesukaran bernafas akibat paru-paru tidak matang, suatu keadaan yang dikenali sebagai Sindrom Distress Respiratori (RDS). Rawatan biasa adalah denganmembantu pernafasan mereka dengan bantuan ventilator mekanikal. Kajian terbaru menunjukkan bahawa bayi-bayi ini lebih dibantu dengan memupukkan surfaktan ke dalam 'tiub pernafasan' semasa pemberian sokongan dengan pengudaraan mekanikal. Walau bagaimanapun menggunakan ventilator mekanikal mempunyai bahayanya tersendiri; antara yang terpenting iaitu BPD, satu bentuk kecederaan paru-paru yang berlaku apabila paru-paru pramatang terdedah kepada pengudaraan mekanikal. Tekanan positif salur pernafaan berterusan melalui hidung (NCPAP) adalah suatu bentuk sokongan pernafasan melalui tiub yang dimasukkan kedalam rongga hidung atau melalui topeng yang diletakkan pada hidung tanpa menutup mulut. Ia direka untuk meringankan usaha pernafasan bayi yang boleh bernafas sendiri dan telah didapati dapat membantu bayi pramatang jika ia digunakan untuk merawat RDS yang telah terjadi.

Tarikh pencarian: Bukti ini adalah terkini sehingga Januari 2016.

Kajian Ciri-ciri: Kajian rawak terkawal atas bayi pramatang di bawah usia kandungan 32 minggu atau di bawah 1500 gram ketika lahir yang telah dirawat dengan CPAP dalam tempoh 15 minit pertama hayat berbanding dengan bayi yang diberikan samada (1) penjagaan sokongan rutin seperti terapi oksigen atau (2) pengudaraan mekanikal.

Keputusan: Terdapat sejumlah tujuh kajian yang melibatkan 3123 bayi. Kajian-kajian itu secara umumnya adalah berkualiti sederhana. Ibu bapa dan penjaga akan tahu yang mana satu kumpulan rawatan bayi diagihkan, tetapi kami mengadili ianya tidak penting bagi kebanyakan hasil keputusan yang diukur. Dalam empat kajian (765 bayi) yang membandingkan CPAP dengan penjagaan sokongan, CPAP mengakibatkan pengurangan bayi yang memerlukan bantuan pernafasan lanjutan tetapi terdapat percanggahan yang ketara antara kajian-kajian. Dalam tiga kajian (2354 bayi) yang membandingkan CPAP dengan bantuan pengudaraan dengan atau tanpa surfaktan, CPAP mengakibatkan pengurangan yang kecil tetapi penting dari segi klinikal dalam BPD dan keputusan gabungan BPD dan kematian. Terdapat pengurangan dalam keperluan untuk pengudaraan mekanikal dan penggunaan surfaktan dalam kumpulan CPAP.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College).Disunting oleh Ernie Yap (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save