Kemajuan secara perlahan suapan susu tidak mengurangkan risiko enterokolitis nekrotizing pada bayi lahir di mana berat badan adalah sangat rendah

Soalan ulasan

Adakah dengan menghadkan kadar peningkatan dalam suapan susu yang bayi lahir di mana berat badan adalah sangat rendah menerima setiap hari dalam beberapa minggu pertama selepas kelahiran dapat mengurangkan risiko masalah usus yang teruk?

Latar belakang

Bayi dengan berat badan semasa lahir yang sangat rendah (bayi dengan berat badan <1500 gram semasa kelahiran) adalah berisiko mengalami gangguan usus yang teruk yang dikenali sebagai enterokolitis nekrotizing (di mana usus menjadi meradang dan mati). Adalah difikirkan bahawa satu cara untuk mengelakkan keadaan ini adalah dengan membatasi suapan susu untuk bayi menerima setiap hari bagi beberapa minggu pertama selepas kelahiran.

Ciri-ciri kajian

Penyelidik telah mencari kajian klinikal yang membandingkan kadar perlahan dengan kadar yang lebih cepat dalam peningkatan jumlah susu yang diberikan kepada bayi yabg baru lahir di mana berat badannya adalah sangat rendah. Apabila melakukan carian dikemas kini pada bulan Jun 2017, penyelidik mendapati 10 kajian yang melibatkan sejumlah 3753 bayi.

Keputusan utama

Analisis gabungan kajian ini tidak menunjukkan kesan penyusuan yang lambat terhadap risiko enterokolitis atau kematian (bukti berkualiti sederhana) tetapi mencadangkan agar bayi makan dengan lebih perlahan mungkin mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkan jangkitan yang teruk daripada bayi yang diberi makan lebih cepat (bukti berkualiti rendah).

Kesimpulan

Pemakanan yang perlahan tidak didapati memberikan faedah dan boleh mengakibatkan bahaya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save