Kemajuan yang lambat dalam suapan susu untuk mencegah enterokolitis nekrotik dalam bayi dengan berat badan yang sangat rendah ketika lahir

Soalan ulasan

Adakah dengan menghadkan kadar peningkatan dalam suapan susu yang bayi lahir di mana berat badan adalah sangat rendah menerima setiap hari dalam beberapa minggu pertama selepas kelahiran dapat mengurangkan risiko masalah usus yang teruk?

Latar belakang

Bayi yang sangat pramatang (lahir lapan minggu lebih awal) atau dengan berat badan yang sangat rendah (bayi dengan berat badan <1500 gram semasa kelahiran) adalah berisiko mengalami gangguan usus yang teruk yang dikenali sebagai enterokolitis nekrotizing (di mana usus menjadi meradang dan mati). Adalah difikirkan bahawa satu cara untuk mengelakkan keadaan ini adalah dengan membatasi suapan susu untuk bayi menerima setiap hari bagi beberapa minggu pertama selepas kelahiran.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian terkawal secara rawak (sejenis kajian di mana peserta ditugaskan secara rawak ke salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) membandingkan kadar peningkatan jumlah suapan susu berbanding bayi yang sangat pramatang atau yang baru lahir dengan berat lahir yang sangat rendah . Kami merangkumi 14 kajian yang melibatkan sejumlah 4033 bayi (2804 bayi mengambil bahagian dalam satu kajian besar). Carian terkini sehingga Oktober 2020.

Keputusan utama

Analisis gabungan dari kajian yang disertakan menunjukkan bahawa peningkatan jumlah makanan enteral yang perlahan mungkin tidak mempengaruhi risiko enterokolitis nekrotik atau kematian (bukti kepastian sederhana).

Kesimpulan dan kualiti bukti

.Kemajuan yang lambat dalam jumlah suapan enteral mungkin tidak mengurangkan risiko enterokolitis nekrotik atau kematian sebelum keluar dari hospital untuk bayi sangat pramatang atau dengan berat badan kelahiran yang sangat rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong ( Hospital Sultanah Aminah ). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information