Saringan kanser kolorektal dengan menggunakan ujian darah najis okulta, Hemoccult

Saringan regular najis untuk darah boleh mengesan kanser kolorektal lebih awal dan seterusnya dapat mengurangkan kematian dalam kalangan populasi berisiko, seperti pesakit yang lebih tua. Ujian saringan yang diguna untuk mengesan kanser kolorektal (usus) adalah ujian darah najis okulta (FOBT) Jika FOBT positif, usus akan diperiksa dengan ujian diagnostik lanjutan (koloskopi, sigmoidoskopi yang fleksibel, enema barium kontras ganda), tetapi ujian-ujian ini sering menyebabkan ketidakselesaan dan boleh menyebabkan kesan-kesan buruk yang serius. Oleh kerana darah di dalam najis mungkin akibat beberapa sebab (tidak berkaitan dengan kanser), ia boleh menyebabkan tekanan dan mendedahkan mereka kepada kemungkinan bahaya. Ulasan ini mendapati saringan FOBT mungkin dapat mengelakkan kira-kira 1 dalam 6 kematian kanser kolorektal.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Tan Shing Cheng (Universiti Kebangsaan Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi sctan@ukm.edu.my.

Tools
Information