Ubat untuk gangguan kegelisahan sosial (SAnD): Satu ulasan bukti

Mengapakah ulasan ini penting?

Individu yang mempunyai SAnD sering mengalami ketakutan, mengelakkan dan berasa rasa takut dalam situasi sosial yang tidak dikenali. Terdapat bukti bahawa ubat-ubatan berguna dalam mengurangkan gejala-gejala ini.

Siapakah yang akan berminat mengenai ulasan ini?

- Orang dengan SAnD.

- Keluarga dan kawan-kawan untuk orang yang mengalami gangguan kegelisahan.

- Pengamal perubatan umum, pakar psikiatri, ahli psikologi, dan ahli farmasi.

Apakah soalan yang ulasan ini berhasrat untuk menjawab?

- Adakah farmakoterapi satu jenis rawatan yang berkesan untuk SAnD pada orang dewasa?

- Adakah ubat berkesan dan boleh diterima oleh orang dari segi kesan sampingan?

- Apakah faktor (metodologi atau klinikal) yang meramalkan tindak balas terhadap farmakoterapi?

Kajian yang manakah yang telah dimasukkan ke dalam ulasan ini?

Penyelidik termasuk kajian membandingkan ubat dengan plasebo untuk rawatan SAnD pada orang dewasa.

Penyelidik menyertakan 66 kajian dalam ulasan, dengan sejumlah 11,597 peserta.

Apakah bukti daripada ulasan itu memberitahu kepada kita?

Terdapat bukti manfaat bahawa "selective serotonin reuptake inhibitors" (SSRIs) adalah lebih berkesan daripada plasebo, walaupun kualiti bukti adalah yang sangat rendah. Terdapat juga bukti manfaat untuk perencat monoamine oxidase (MAOIs), "reversible inhibitors of monoamine oxidase A" (RIMAs), dan benzodiazepine, walaupun buktinya adalah berkualiti rendah. Gabapentin dan pregabalin antikonvulsan juga menunjukkan bukti berkualiti sederhana terhadap tindak balas klinikal. Penyelidik tidak melihat kesan ini untuk baki kelas ubat. SSRI adalah satu-satunya ubat yang terbukti berkesan dalam mengurangkan kambuh berdasarkan kualiti bukti yang sederhana. Terdapat bukti berkualiti rendah bahawa lebih ramai orang yang mengambil SSRI dan SNRIs tercicir akibat kesan sampingan berbanding mereka yang mengambil plasebo, tetapi kadar pengeluaran mutlak adalah rendah.

Bagi hasil keperitan gejala SAnD, terdapat bukti manfaat SSRI, "serotonin" dan "norepinephrine reuptake inhibitor" (SNRI) venlafaxine, MAOIs, RIMAs, benzodiazepines, olanzapine antipsikotik, dan atomoxetine noradrenergik dan serotonergik spesifik antidepresan (NaSSA), tetapi kebanyakan kualiti bukti adalah sangat rendah. SSRI dan RIMA mengurangkan gejala kemurungan, dan SSRI mengurangkan kecacatan berfungsi merentasi semua domain.

Penyelidik juga memerhatikan tindak balas terhadap rawatan jangka panjang dengan SSRI (berdasarkan kualiti bukti yang rendah), MAOI (berdasarkan kualti bukti yang sangat rendah), dan RIMA (berdasarkan kualiti bukti yang sederhana).

Apa yang sepatutnya berlaku seterusnya?

Kebanyakan bukti untuk keberkesanan rawatan adalah berkaitan dengan SSRI. Walau bagaimanapun, kajian SSRI adalah dikaitkan dengan kualiti bukti yang sangat rendah dan risiko penerbitan berat sebelah yang tinggi. Adalah berguna untuk kajian masa depan untuk menilai rawatan SAnD pada orang yang mengalami gangguan komorbid, termasuk gangguan penggunaan bahan. Kajian yang menyediakan maklumat yang mencukupi mengenai perawakan dan penyembunyian peruntukan adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save