Aplikasi emolien topikal untuk mencegah jangkitan dalam kalangan bayi pramasa

Latar belakang

Bayi pramasa (lahir sebelum usia kandungan 37 minggu) terdedah kepada jangkitan aliran darah dan jangkitan serius kerana kulit mereka kurang matang dan tidak berkesan sepenuhnya sebagai rintangan terhadap mikro-organisma. Mengaplikasi emolien (salap, krim, atau minyak) mungkin melindungi kecederaan kulit dan dengan itu mencegah mikroorganisma daripada merebak ke dalam aliran darah dan menyebabkan jangkitan yang serius.

Ciri-ciri kajian

Carian kami (kemas kini Januari 2021) mengenal pasti 22 kajian yang layak. Jumlah keseluruhan, 5578 bayi mengambil bahagian. Lapan kajian (2086 bayi) mengkaji kesan salap atau krim topikal dalam kalangan bayi pramasa (lahirkan lebih lapan minggu awal) yang dijaga di hospital, kebanyakannya di negara berpendapatan tinggi. Empat belas kajian (3492 bayi) dinilai kesan bunga matahari dan minyak sayuran lain, kebanyakannya di negara-negara berpendapatan rendah atau sederhana di Asia selatan. Semua kecuali satu daripada kajian-kajian ini dijalankan di hospital. Satu kajian besar di India (2249 bayi) berpusat di komuniti.

Keputusan utama

Aplikasi berkala salap atau krim pada kulit bayi pramasa mungkin ada sedikit atau tiada kesan terhadap jangkitan serius atau kematian. Aplikasi minyak bunga matahari dan minyak sayuran lain boleh mengurangkan jangkitan invasif tetapi memberi sedikit atau tiada kesan terhadap mortaliti.

Kepastian bukti

Analisis ini memberi bukti kepastian rendah tentang kesan terapi emolien terhadap jangkitan serius atau kematian dalam kalangan bayi pramasa. Oleh kerana intervensi ini kebanyakannya tidak mahal, mudah diakses, dan umumnya boleh diterima, kajian rawak terkawal lanjutan yang berkualiti baik di fasiliti penjagaan kesihatan dan di persekitaran komuniti di negara-negara berpendapatan rendah atau sederhana, mungkin wajar.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Foo Sook Lee. (RCSI & UCD Malaysia Campus). Dikemaskini. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia ). Untuk sebarang pertanyaan tentang terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information