Antibiotik tempoh pendek untuk kanak-kanak sihat dengan otitis media biasa

Otitis media akut (AOM) atau jangkitan telinga tengah merupakan penyakit sering dihidapi oleh kanak-kanak, dengan lebih separuh daripada mereka mengalaminya sebelum usia tujuh tahun. Walaupun otitis media adakalanya sembuh tanpa rawatan, ia seringkali dirawat dengan antibiotik. Tempoh rawatan itu sangat berbeza. Penilaian ini mendapati terdapat 49 kajian yang merawat kanak-kanak dengan antibiotik tempoh pendek (kurang daripada tujuh hari), berbanding dengan rawatan antibiotik tempoh panjang (tujuh hari atau lebih), meningkatkan kemungkinan kegagalan rawatan dalam jangkamasa pendek. Tiada perbezaan dilihat sebulan selepas rawatan. Jumlah kesan sampingan terhadap saluran pemakanan menurun dalam kumpulan yang menggunakan antibiotik tempoh pendek.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Irfan bin Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi irfankb@usm.my

Tools
Information
Share/Save