Digoxin untuk mencegah atau merawat `respiratory distress syndrome' neonat

Tidak ada bukti bahawa memberi ubat digoxin dapat membantu bayi yang mengalami `neonatal respiratory distress syndrome'.
Kadang-kadang bayi yang baru lahir mempunyai paru-paru yang tidak berkembang dengan baik. Masalah ini biasa berlaku dalam kalangan bayi pramatang (lahir sebelum 34 minggu) dan dikenali sebagai respiratory distress syndrome (RDS). Kegagalan jantung kongestif boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam paru-paru, yang menyumbang kepada RDS. Ubat digoxin telahpun digunakan untuk merawat kegagalan jantung kongestif dan dicadangkan untuk RDS. Ulasan ini tidak mendapat sebarang bukti dari sebarang kajian yang digoxin dapat mengurangkan kegagalan jantung kongestif, mencegah RDS atau meningkatkan hasil bagi bayi pramatang yang mengalami RDS.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College) Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information