Langkau ke kandungan utama

Danazol adalah satu rawatan yang berkesan untuk mengurangkan pendarahan haid yang berat, tetapi kesan-kesan negatif mungkin tidak boleh diterima oleh wanita

Pilihan lain untuk mengelak daripada pembedahan boleh menjadi penting bagi kebanyakkan wanita yang mempunyai masalah pendarahan haid yang berat. Salah satu ubat pilihan adalah Danazol. Danazol menyekat hormon yang menambahkan ketebalan endometrium (lapisan rahim yang ditumpah semasa haid). Walau bagaimanapun, Danazol juga boleh menghasilkan ciri-ciri lelaki dan beberapa simptom seperti menopaus, serta menyebabkan penambahan berat badan dan jerawat. Ulasan ini mendapati walaupun Danazol berkesan dalam mengurangkan kehilangan darah haid, tetapi tidak cukup kajian untuk menunjukkan sama ada rawatan ini boleh diterima oleh wanita dengan pendarahan haid yang berat.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Chan MW. Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my atau chanmw@rcsiucd.edu.my

Petikan
Beaumont HH, Augood C, Duckitt K, Lethaby A. Danazol for heavy menstrual bleeding. Cochrane Database of Systematic Reviews 2007, Issue 3. Art. No.: CD001017. DOI: 10.1002/14651858.CD001017.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan