Intervensi untuk mencegah mukositis oral dalam kalangan pesakit kanser yang menerima rawatan.

Rawatan untuk kanser (termasuk transplan sumsum tulang) boleh menyebabkan mukositis oral (ulser yang teruk di dalam mulut) Kesakitan yang berlaku akan menyukarkan makan, minum dan menelan, dan boleh dikaitkan dengan jangkitan yang mungkin memerlukan pesakit tersebut tinggal lebih lama di hospital. Pelbagai strategi diguna untuk mencegah keadaan ini dan ulasan-ulasan kajian mendapati sesetengah strategi adalah berkesan. Dua intervensi, krioterapi (ketul ais) dan faktor pertumbuhan keratinosit (palifermin ®) menunjukkan sedikit manfaat dalam mencegah mukositis. Sukralfat adalah berkesan untuk mengurangkan keterukan mukositis, dan tujuh intervensi lain juga berkesan iaitu aloe vera, amifostine, glutamin intravena, faktor perangsang koloni granulosit (G-CSF), madu, laser dan lozeng antibiotik polymixin/tobramycin/amohotericin (PTA) menunjukkan bukti manfaat tetapi lebih lemah. Strategi-strategi tersebut dinilai dalam kalangan pesakit pelbagai jenis kanser yang menerima pelbagai jenis rawatan kanser.Manfaat mungkin merujuk kepada jenis penyakit dan kombinasi rawatan yang dinilai.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipa). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my.

Tools
Information