Antidepresan berbanding plasebo untuk penyakit kemurungan bagi orang tua

Tujuh belas kajian terkawal secara rawak telah dikenal pasti dengan carian kesusasteraan sistematik yang memenuhi kriteria kemasukan kami dan memberikan data yang sesuai untuk analisis. Kami telah menganalisis 17 kajian menggunakan plasebo yang menguji keberkesanan rawatan antidepresan untuk orang tua. Sejumlah 2000 peserta dimasukkan ke dalam meta analisis. TCAs, SSRIs dan MAOIs terbukti berkesan kepada kedua-dua pesakit-pesakit institusi dan juga komuniti. Dos rendah bagi rawatan menggunakan TCA mungkin berkesan, tetapi kajian lanjut masih diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nur Farahim Daud (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nfarahim@ms.pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save