Azathioprine atau 6-mercaptopurine untuk merawat penyakit Crohn aktif

Azathioprine dan 6-mercaptopurine adalah ubat-ubatan imunosupresif yang dianggap dapat mengurangkan keradangan dengan menghalang sistem imun. Ulasan ini memasukkan 13 kajian rawak dengan jumlah 1211 peserta. Azathioprine dan 6-mercaptopurine didapati tidak lebih berkesan daripada plasebo (ubat palsu) untuk mengalakkan remisi dalam penyakit Crohn. Terdapat bukti yang mencadangkan bahawa kombinasi azathioprine dan infliximab lebih hebat daripada infliximab yang digunakan secara sendirian untuk mengalakkan remisi bebas steroid dalam penyakit Crohn aktif. Ubat penyekat alpha tumor (TNF) seperti infliximab boleh memberikan rawatan alternatif untuk pesakit yang tidak bertindak balas terhadap rawatan ubat-ubatan kortikosteroid atau imunosupresif. Azathioprine dan 6-mercaptopurine boleh mengurangkan keperluan untuk rawatan steroid dan penggunaannya mungkin membawa kepada pengurangan kesan sampingan yang berkaitan dengan steroid. Akan tetapi, ubat-ubatan ini bertindak secara lambat dan berkait dengan beberapa kesan-kesan sampingan yang jarang berlaku tetapi serius. Di sesetengah pesakit, mereka menyekat pembentukan sel darah yang melawan jangkitan dan membolehkan darah beku dan kadang-kadang menyebabkan keradangan pankreas. Ubat-ubatan ini juga dikaitkan dengan peningkatan risiko limfoma. Atas alasan ini, pertimbangan yang teliti perlu diberikan kepada penggunaan ubat-ubatan ini pada pesakit dengan penyakit Crohn yang aktif.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaanberkaitan terjemahan ini, sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save