Pengudaraan mekanikal secara selaras untuk sokongan pernafasan pada bayi yang baru lahir

Kebanyakan bayi yang baru lahir memerlukan bantuan mekanikal untuk menyokong pernafasan mereka dan juga bernafas pada tahap yang tertentu. Jika percubaan bayi untuk bernafas diselaraskan dengan pernafasan mekanikal dari ventilator, tekanan yang diperlukan adalah kurang. Ianya boleh mengurangkan peluang kebocoran udara atau perbezaan dalam aliran darah ke otak. Rumusan kajian mendapati bahawa jika berbanding dengan pengudaraan mekanikal konvensional (CMV), frekuensi tinggi pengudaraan tekanan positif (HFPPV) mengurangkan risiko kebocoran udara dan cetusan pengudaraan dikaitkan dengan tempoh pengudaraan yang lebih singkat. Berbanding dengan frekuensi tinggi ayunan, mod cetusan pengudaraan tertentu mengakibatkan risiko besar penyakit paru-paru kronik kepada sederhana hingga teruk dan tempoh pengudaraan yang lebih panjang. Bentuk yang lebih baru bagi cetusan pengudaraan hanya dinilai dalam ujian rawak kecil dan tidak menunjukkan kelebihan dalam hasil klinikal yang penting.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College) Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save