Komunikasi media massa boleh menggalakkan peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan

Maklumat media massa mengenai isu berkaitan kesihatan boleh menyebabkan perubahan dalam penggunaan perkhidmatan kesihatan, baik melalui kempen yang dirancang dan liputan yang tidak dirancang. Kajian lanjut boleh mensasarkan bagaimana cara terbaik untuk menyusun mesej media, dan sama ada mereka mempunyai impak yang berbeza terhadap orang awam dan profesional kesihatan. Lebih maklumat diperlukan sama ada liputan media massa membawa penggunaan perkhidmatan yang bersesuaian dalam kalangan pesakit yang akan mendapat manfaat yang paling banyak.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information