Terapi anti-tuberkulosis untuk mengekalkan remisi dalam penyakit Crohn

Bakteria tuberkulosis telah dicadangkan sebagai satu kemungkinan penyebab penyakit Crohn kerana persamaan antara lesi Crohn dan tuberkulosis apabila dilihat di bawah mikroskop. Empat kajian mengkaji penggunaan terapi anti-tuberkulosis untuk mengurangkan kemungkinan penyakit berulang pada pesakit dengan penyakit Crohn yang tidak aktif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa rawatan ini mungkin berkesan untuk tujuan ini. Walau bagaimanapun, penemuan ini belum terbukti secara muktamad, dan terapi anti-tuberkulosis tidak boleh digunakan untuk merawat penyakit Crohn tanpa kajian lanjut.

Apakah itu penyakit Crohn?

Penyakit Crohn adalah gangguan keradangan kronik yang boleh berlaku di mana-mana bahagian saluran gastrousus dan boleh menjejaskan orang dari sebarang umur. Gejala biasa termasuk penurunan berat badan, cirit-birit dan sakit perut. Apabila penghidap penyakit Crohn mengalami gejala ini penyakit itu aktif. Apabila pesakit tidak lagi mengalami simptom penyakit mereka dikatakan dalam remisi.

Soalan ulasan

Pencegahan berulang (gejala berulang) adalah objektif penting dalam pengurusan penyakit Crohn. Tiada rawatan semasa tersedia yang menghalang kambuh sepenuhnya dan tanpa kesan sampingan yang ketara. Bakteria tuberkulosis telah dicadangkan sebagai satu kemungkinan penyebab penyakit Crohn kerana persamaan antara lesi Crohn dan tuberkulosis apabila dilihat di bawah mikroskop. Kami ingin melihat sama ada terapi anti-tuberkulosis adalah lebih baik daripada plasebo untuk mengekalkan remisi pada pesakit dengan penyakit Crohn

Apakah terapi anti-tuberkulosis?

Terapi anti-tuberkulosis umumnya terdiri daripada gabungan ubat jenis antibiotik dan antibakteria.

Apakah yang dikaji oleh penyelidik?

Para penyelidik mengkaji sama ada terapi anti-tuberkulosis mengekalkan remisi pada pesakit dengan penyakit Crohn dan sama ada ia menyebabkan sebarang bahaya (kesan sampingan). Para penyelidik mencari penulisan perubatan secara meluas sehingga 22 Jun 2015.

Apakah yang ditemui oleh penyelidik?

Para penyelidik mengenal pasti empat kajian yang menyertakan sejumlah 206 peserta. Kesemua kajian adalah bersaiz kecil dan dinilai sebagai kualiti yang tidak jelas. Kajian membandingkan terapi anti-tuberkulosis (iaitu clofazimine atau terapi gabungan dengan clofazimine, rifampin, etambutol, dan dapsone atau terapi gabungan dengan klaritromisin, rifabutin dan clofazimine) kepada plasebo (pil atau tablet tidak aktif). Terapi anti-tuberkulosis mungkin memberi manfaat berbanding plasebo untuk pencegahan kambuh pada peserta dengan penyakit Crohn dalam remisi. Walau bagaimanapun, keputusan ini adalah sangat tidak pasti kerana kualiti kajian yang tidak jelas dan bilangan pesakit yang kecil yang dinilai. Peserta yang menerima ubat anti-tuberkulosis mempunyai lebih banyak kesan sampingan daripada peserta plasebo. Kesan sampingan biasa termasuk perubahan warna kulit merah jambu yang boleh dikembalikan dan ruam. Tiada kesan sampingan yang serius dilaporkan dalam empat kajian. Kajian lanjut diperlukan untuk menyediakan bukti kualiti yang lebih baik untuk penggunaan terapi anti-tuberkulosis untuk mengekalkan remisi pada orang yang mempunyai penyakit Crohn yang tidak aktif.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information