Antifibrinolitik (seperti asid tranexamic) bagi rawatan pendarahan haid berlebihan.

Soalan ulasan

Ejen antifibrinolitik direka untuk mengurangkan perdarahan dengan merencat enzim pencairan klot endometrium (lapisan dinding rahim); penyelidik Cochrane mengulas bukti tentang kesan ubat-ubatan tersebut (seperti asid tranexamic,TXA) berbanding plasebo dan terapi ubat lain dalam kalangan wanita dengan perdarahan haid berlebihan (HMB: ditakrif sebagai melebihi 80 militer (> 80 mL) kehilangan darah setiap kitaran haid.

Latar belakang

Ejen antifibrinolitik (seperti asid tranexamic, TXA) lazim diguna untuk mengurus HMB. Walau bagaimanapun, sejarah mendapati kebimbangan ia mungkin mengakibatkan bahaya klot darah di kaki atau paru-paru. Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan lain yang boleh diguna untuk merawat HMB. Kami membanding manfaat dan risiko rawatan-rawatan tersebut.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati 13 kajian rawak terkawal (RCT) membandingkan ubat-ubat antifibrinolitik dengan pelbagai terapi perubatan dalam sejumlah 1312 wanita dengan pendarahan haid yang berlebihan, Bukti adalah terkini sehingga November 2017.

Keputusan utama

Ubat-ubatan antifibrinolitik boleh mengurangkan HMB dalam kalangan wanita berumur 15 hingga 50 tahun, tanpa meningkatkan dengan ketara kadar kejadian buruk. Bukti menunjukkan terdapat penurunan 40% hingga 50% amaun darah haid yang hilang setiap satu kitaran haid dalam kalangan peserta yang mengambil TXA. Rawatan antifibrinolitik adalah lebih baik untuk memperbaiki HMB berbanding ubatan lain, kecuali sistem intrauterin levonorgestrel (LIUS), peranti plastik yang diletak di dalam rahim yang mengeluarkan hormon untuk mengelakkan kehamilan.

Bukti mencadangkan jika 10.9% wanita yang mengambil plasebo melaporkan pembaikan dalam HMB, 36.3% wanita yang mengambil TXA akan juga sedemikian.

TXA mungkin memperbaiki kualiti hidup bagi wanita dengan HMB.

Kami tidak mendapati sebarang bukti kesan sampingan (termasuk klot darah yang mengancam nyawa) meningkat dalam kalangan wanita yang mengambil rawatan antifibrinolitik berbanding plasebo atau rawatan lain untuk HMB. Dua kajian mengukur peristiwa tromboembolus vena: malangnya kajian-kajian tersebut tidak mempunyai peserta yang cukup untuk membezakan kesan nyata tertentu.

Kualiti bukti

Bukti adalah berkualiti rendah hingga sederhana. Kelemahan utama adalah: risiko bias kerana peserta/penyiasat menyedari ubat yang diterima (dirujuk sebagai kurang pembutaan), atau kaedah kajian ini tidak dilaporkan dengan jelas: ketidaktepatan (iaitu ukuran berulang berjarak jauh di antara satu sama lain) dan ketidakkonsistenan (iaitu sambil saiz sampel meningkat, taburan persampelan menjadi semakin luas di sekitar nilai parameter yang benar).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi hazlinakck@usm.my

Tools
Information
Share/Save