Profilaksis antibiotik untuk pembedahan bagi keretakan proximal femoral dan keretakan tertutup tulang panjang yang lain

Jangkitan tulang dan tisu lembut boleh berlaku susulan keretakan tulang. Keretakan yang menembusi kulit dipanggil 'terbuka' atau 'kompaun'. Sekiranya kulit tetap utuh walaupun mempunyai keretakan, ia dipanggil 'mudah' atau ‘tertutup’. Jika retakan tertutup dirawat dengan pembedahan, bakteria boleh kontaminasi luka, dan menyebabkan jangkitan di tempat pembedahan. Ini, dan jangkitan hospital yang lain, boleh mengancam nyawa orang selepas pembedahan di peha dan keretakan tertutup tulang panjang yang lain. Antibiotik telah diberikan secara rutin sejak 1970-an dalam usaha untuk mengurangkan jangkitan daripada bakteria seperti staphylococcus. Ulasan ini telah merangkumi 23 kajian yang melibatkan seramai 8447 peserta. Ulasan ini mendapati antibiotik adalah berkesan dalam mengurangkan kejadian jangkitan di tempat luka pembedahan dan di dada serta saluran kencing. Kesan satu dos antibiotik adalah sama dengan beberapa dos jika antibiotik yang dipilih ialah aktif sepanjang tempoh dari permulaan pembedahan sehingga luka itu sembuh. Terdapat terlalu sedikit data yang sedia ada untuk mengesahkan peningkatan kesan sampingan yang dijangka berkaitan dengan ubat-ubatan seperti masalah usus dan tindak balas kulit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting olehTan May Loong (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save