Cara-cara untuk menukar posisi kandungan songsang ke presentasi kepala dahulu pada akhir kehamilan.

Bayi yang dilahirkan dalam posisi songsang (bahagian punggung dahulu) mempunyai risiko komplikasi yang tinggi semasa lahir disebabkan kelewatan kelahiran kepala. Menukar posisi bayi songsang ke kepala dahulu pada akhir kehamilan mungkin dapat mengurangkan komplikasi tersebut. Prosedur yang dipanggil ‘versi kefalik luaran (ECV)’ menerangkan apabila pengamal menggunakan tangan mereka secara perlahan menukar kedudukan posisi bayi songsang ke kepala dahulu. Sebilangan rawatan mungkin dapat membantu kejayaan versi kefalik luaran. Ini termasuklah penggunaan ubat tokolitik (ubat-ubatan seperti beta stimulasi dan penyekat saluran kalsium yang merehatkan rahim), merangsang bayi dengan bunyi melalui abdomen ibu (stimulasi akaustik), meningkatkan cecair yang mengelilingi bayi (amnioinfusi melalui abdomen), suntikan ubat melegakan kesakitan pada bahagian bawah belakang ibu untuk menghasilkan analgesia regional (epidural atau analgesia spinal), memberikan ubat opiod kepada ibu untuk melegakan ibu, menggunakan hipnosis dan menggunakan gel atau bedak talkum ke atas abdomen ibu.

Ulasan kemaskini ini melibatkan 28 kajian rawak terkawal yang melibatkan 2786 wanita. Kebanyakan kajian melihat kepada kesan ubat stimulasi beta tokolitik. Keputusan tersebut menunjukkan bayi lebih cenderung untuk memposisikan kepala dahulu semasa ECV dan terus kekal posisi kepala dahulu semasa permulaan bersalin, jika wanita menerima stimulasi beta. Ubat-ubatan ini juga mengurangkan bilangan pembedahan caesarean, tetapi data yang diambil berkenaan kesan sampingan adalah tidak mencukupi. Hanya terdapat sedikit maklumat mengenai jenis tokolitik yang lain, walaupun penderma nitrik oksida dikaitkan dengan peningkatan sakit kepala. Tambahan pula, hanya terdapat sedikit bukti yang sedia ada menunjukkan samada cara lain dapat membantu ECV dengan berkesan. Penyelidikan lanjut diperlukan jika kita ingin meningkatkan kejayaan ECV.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi hazlinakck@usm.my

Tools
Information
Share/Save