Versi sefalik secara pengurusan postur bagi kedudukan songsang

Buat masa ini, bukti tidak cukup untuk menggalakkan ibu supaya mengamalkan postur berlainan semasa mengandung bagi mengubah kedudukan bayi songsang dalam rahim.

Bayi yang lahir dengan kedudukan songsang (punggung dahulu) lebih berkemungkinan mempunyai masalah semasa lahir berbanding bayi yang lahir kepala dahulu (sefalik). Terdapat cara berbeza untuk cuba menggalakkan bayi bertukar kedudukan supaya dia dapat lahir kepala dahulu. Beberapa cara ini melibatkan ibu mengamalkan postur berlainan. Ulasan enam kajian ini, melibatkan 417 wanita, mendapati bukti terlalu sedikit untuk menyokong pengamalan postur tertentu sewaktu mengandung untuk mengubah kedudukan bayi kepada kepala ke bawah. Penyelidikan lebih lanjut adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Hanis Hamdan (Pelajar Pascasiswazah, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information