Langkau ke kandungan utama

Sumatriptan (pemberian laluan oral) untuk serangan migrain akut dalam kalangan orang dewasa

Sumatriptan adalah salah satu ubat dari keluarga triptan yang digunakan untuk merawat serangan migrain. Ia didapati secara meluas sebagai tablet oral. Ulasan ini mendapati satu dos tunggal adalah berkesan untuk melegakan sakit kepala migrain dan simptom-simptom yang berkaitan loya, sensitiviti kepada cahaya, dan sensitiviti kepada bunyi. Sakit dikurangkan daripada sederhana atau teruk kepada tidak sakit setelah dua jam dalam kira-kira 3 dalam 10 orang (32%) yang mengambil sumatriptan 100 mg, berbanding 1 dalam 10 orang (11%) yang mengambil plasebo. Sakit dikurangkan daripada sederhana atau teruk kepada sakit ringan setelah dua jam bagi 6 dalam 10 orang (61%) yang mengambil sumatriptan 100 mg, berbanding kira-kira 3 dalam 10 (32%) yang mengambil plasebo. Hampir satu perempat (24%) orang yang mengambil sumatriptan 100 mg bebas dari sakit pada dua jam yang dikekalkan selama 24 jam tanpa menggunakan ubat penyelamat, berbanding dengan kurang daripada 1 dalam 10 (8%) bagi yang mengambil plasebo. Selain melegakan sakit kepala, sumatriptan juga melegakan simptom loya dan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi setelah dua jam dalam kalangan separuh daripada mereka yang mengambilnya, berbanding kira-kira satu pertiga daripada mereka yang mengambil plasebo. Kesan buruk kebanyakannya bertempoh singkat dan ringan atau sederhana keterukannya, dan dialami oleh 4 dalam 10 (43%) orang yang mengambil sumatriptan 100 mg, dan 2 dalam 10 (23%) yang mengambil plasebo. Dos 50 mg mempunyai keberkesanan yang lebih rendah, tetapi dikaitkan dengan kurang peristiwa buruk. Merawat serangan semasa sakit masih ringan adalah lebih berkesan daripada merawat serangan dengan intensiti sakit sederhana atau teruk.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Derry CJ, Derry S, Moore RA. Sumatriptan (oral route of administration) for acute migraine attacks in adults. Cochrane Database of Systematic Reviews 2012, Issue 2. Art. No.: CD008615. DOI: 10.1002/14651858.CD008615.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan