Langkau ke kandungan utama

Vaksin pneumokokal untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan fibrosis sista

Soalan ulasan

Kami menyemak semula bukti tentang kesan pemvaksinan terhadap jangkitan bakteria pneumokokal dalam individu dengan fibrosis sista.

Latar belakang

Fibrosis sista merupakan satu penyakit keturunan yang menyebabkan lendir dalam paru-paru menjadi lebih melekit daripada biasa lalu mengakibatkan kekerapan jangkitan dan kerosakan paru-paru. Pneumococcus merupakan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan di seluruh badan. Jangkitan ini boleh menjadi sangat serius yang boleh menerukkan penyakit dan mengakibatkan kematian.

Terdapat dua jenis vaksin yang boleh membantu melindungi orang ramai daripada beberapa jenis bakteria pneumococcus. Vaksin pertama digunakan untuk kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun dan vaksin kedua digunakan untuk kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa. Ulasan ini bertujuan untuk mencari kajian yang membandingkan pemvaksinan (menggunakan vaksin) dengan tanpa vaksin atau pemvaksinan dengan plasebo (ubat palsu) untuk menentukan sama ada pemvaksinan terhadap bakteria pneumococcus boleh mengurangkan tahap keseriusan penyakit dan kematian dalam kalangan individu dengan fibrosis sista. Ini adalah kemas kini ulasan terbitan terdahulu.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga 27 Jun 2016.

Ciri-ciri kajian

Kami tidak menemui sebarang kajian yang relevan untuk disertakan dalam ulasan ini.

Keputusan utama

Bukti yang menyokong penggunaan vaksin terhadap jangkitan pneumokokal tidak kukuh, namun banyak negara yang mengesyorkan agar semua kanak-kanak menerima vaksin ini sebagai sebahagian daripada program imunisasi kanak-kanak mereka.

Nota terjemahan

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my. Diterjemahkan oleh Siti Sarah Fazalul Rahiman (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Burgess L, Southern KW. Pneumococcal vaccines for cystic fibrosis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2016, Issue 9. Art. No.: CD008865. DOI: 10.1002/14651858.CD008865.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan