Langkau ke kandungan utama

Toksin botulinum untuk tik motor dan fonik

Soalan ulasan: Berapa selamat dan berkesankah toksin botulinum, berbanding plasebo atau ubat-ubatan lain, dalam merawat tik motor dan fonik dalam sindrom Tourette?

Latar belakang: Orang dengan sindrom Tourette sering membuat gerakan berulang dan tiba-tiba (motor) atau bunyi vokal (fonik) yang disebut tik. Suntikan toksin botulinum diguna untuk merawat tik motor dan fonik dalam kalangan pesakit dengan sindrom Tourette. Ia dianggap melemahkan mekanisme dalam badan yang menyebabkan tik berlaku. Terdapat laporan yang bercanggahan tentang keberkesanannya.

Ciri-ciri kajian: Penulis ulasan merumuskan maklumat dari satu kajian klinikal yang membandingkan toksin botulinum dengan plasebo, untuk merawat tik dalam kalangan dewasa dengan sindrom Tourette.

Keputusan utama: Kami mendapati satu kajian kecil. Kajian tersebut adalah terhad dengan bilangan peserta (N = 18), yang kebanyakannya mempunyai tik ringan. Kami sangat tidak pasti tentang kesan suntikan toksin botulinum untuk mengurangkan kekerapan dan keterukan tik, dan ukuran kesejahteraan keseluruhan. Sesetengah peserta mengalami kemudaratan, termasuklah kelemahan, kegelisahan, dan ketidakselesaan leher berikutan suntikan. Kami tidak tahu dari kajian sama ada peserta yang menerima suntikan itu menunjukkan rintangan terhadap suntikan botulinum, yang menjadikannya kurang berkesan dari semasa ke semasa.

Bukti ini adalah terkini sehingga 25 Oktober 2017.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Petikan
Pandey S, Srivanitchapoom P, Kirubakaran R, Berman BD. Botulinum toxin for motor and phonic tics in Tourette's syndrome. Cochrane Database of Systematic Reviews 2018, Issue 1. Art. No.: CD012285. DOI: 10.1002/14651858.CD012285.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan