Langkau ke kandungan utama

Antibiotik untuk mencegah luka terbakar dari dijangkiti

Kecederaan dari terbakar adalah satu masalah yang serius. Ia dikaitkan secara signifikan dengan insiden kematian yang signifikan dan hilang upaya, prosedur surgikal yang berganda, rawatan dalam yang berpanjangan, dan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

Pelbagai antibiotik digunakan bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan pada pesakit terbakar sebelum ia berlaku. Sesetengah antibiotik digunakan secara langsung pada kulit (rawatan topikal), yang lain diambil secara oral, atau dengan suntikan, dan memberi kesan kepada seluruh badan (rawatan sistemik). Adalah tidak jelas jika antibiotik profilaktik bermanfaat.

36 kajian melibatkan 2117 peserta dimasukkan dalam ulasan ini. Kajian-kajian membandingkan mereka yang terbakar yang diberi antibiotik dengan orang terbakar yang menerima sama ada rawatan tak aktif (plasebo), tiada rawatan, pengubatan cedera, atau satu lagi persediaan topikal atau antibiotik. Dua puluh enam kajian (72%) menilai antibiotik topikal dan yang lain menilai antibiotik yang diberi secara oral, intravena atau melalui saluran udara. Kebanyakan kajian adalah kecil dan berkualiti rendah.

Terdapat beberapa bukti bahawa antibiotik tertentu (silver sulfadiazine) diaplikasi terus kepada luka terbakar,meningkatkan kadar jangkitan sebanyak 8% dan 80%. Oleh yang demikian, tiada bukti penyelidikan yang cukup tentang kesan-kesan antibiotik untuk membolehkan kesimpulan yang boleh dipercayai.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Petikan
Barajas-Nava LA, López-Alcalde J, Roqué i Figuls M, Solà I, Bonfill Cosp X. Antibiotic prophylaxis for preventing burn wound infection. Cochrane Database of Systematic Reviews 2013, Issue 6. Art. No.: CD008738. DOI: 10.1002/14651858.CD008738.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan