Langkau ke kandungan utama

Rawatan antifibrinolitis untuk mengurangkan hemoptisis

Hemoptisis ialah batuk yang mengeluarkan darah ataupun kahak berdarah yang berasal dari bahagian bawah saluran pernafasan. Ia merupakan patologi yang biasa ditemui di seluruh dunia dan boleh disebabkan oleh sebilangan jenis penyakit yang berbeza, termasuk bronkitis, radang paru-paru, kanser paru-paru, dan batuk kering.

Ejen antifibrinolitis (asid tranexamic, asid aminocaproic, nafamostat dan aprotinin) ialah ubat-ubatan yang berfungsi dengan cara menghalang proses yang melarutkan bekuan darah, dengan itu dapat mengurangkan pendarahan.

Pengulas mengenal pasti dua kajian sehingga 19 September 2016. Kedua-dua kajian ini menilai penggunaan asid tranexamic, satunya dalam hemoptisis yang yang disebabkan oleh tuberkulosis dan yang satu lagi dalam hemoptisis yang diakibatkan oleh pelbagai sebab.

Asid tranexamic dapat mengurangkan masa perdarahan dengan ketara, tetapi asid ini tidak memberikan apa-apa perbezaan kepada bilangan pesakit yang masih mengalami hemoptysis apabila ia dinilai pada hari ketujuh selepas permulaan rawatan. Kesan sampingan yang teruk tidak dilaporkan dan kesan sampingan yang ringan tidak menunjukkan perbezaan antara pesakit yang menerima dan mereka yang tidak menerima asid tranexamic.

Terdapat terlalu sedikit bukti untuk menilai sama ada antifibrinolitis harus digunakan untuk merawat hemoptisis.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi Chris_ZY@live.com

Petikan
Prutsky G, Domecq JP, Salazar CA, Accinelli R. Antifibrinolytic therapy to reduce haemoptysis from any cause. Cochrane Database of Systematic Reviews 2016, Issue 11. Art. No.: CD008711. DOI: 10.1002/14651858.CD008711.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan