Kumpulan Tematik Kesihatan Ibu, Bayi dan Kanak-kanak Cochrane berdedikasi untuk meningkatkan hasil dan menguatkan kesaksamaan terhadap kesihatan ibu, bayi dan kanak-kanak.
Tentang kami

Setiap dua minit, satu orang meninggal dunia semasa hamil atau melahirkan anak, menjadikan jumlah kematian kira-kira 300,000 setahun di seluruh dunia. Tambahan lagi, 11 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun mati setiap minit di seluruh dunia, dengan hampir separuh daripada lima juta kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum umur lima tahun, mati dalam masa bulan pertama kehidupan mereka. Sebahagian daripada kematian ini boleh dihindari, menunjukkan ketidaksamaan yang besar.
Kumpulan Tema Kesihatan Ibu, Bayi dan Kanak-kanak berfungsi sebagai hub pusat untuk inovasi, penyelidikan ,amalan klinikal berasaskan bukti dan dasar kesihatan, komuniti dan impak global. Kami terdiri darpada kumpulan berbilang profesional yang tekad untuk menangani isu kesihatan global yang mendesak melalui usaha yang berfokus dan selaras. Dengan menyasarkan intervensi yang berimpak, kerja bekerjasama dan inovasi, kami bertekad untuk menjana tindakan-tindakan yang wawasan dan yang terbukti untuk memberitahu tentang amalan dan dasar penjagaan kesihatan yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Pasukan kami
- Jeanne-Marie Guise, Pengarah. Pengerusi Obstetrik, Ginekologi dan Biologi Reproduktif, Pusat Perubatan Deaconess Beth Israel (BIDMC), Massachusetts, Amerika Syarikat
- David Haas, Timbalan Pengarah. Robert A. Munsick Profesor Obstetrik & Ginekologi, Sekolah Perubatan Universiti Indiana, Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat
- Emma Persad, Pengurus Eksekutif. Jabatan Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak, Karolinska Institutet, Stockholm, Sweden
Rancangan kami
Kumpulan Tematik Kesihatan Ibu, Bayi dan Kanak-kanak mewakili pasukan pakar klinikal global, para penyelidik dan lain-lain yang berminat dalam penglibatan pelbagai pemegang kepentingan dalam sintesis bukti dan kesan yang berimpak. Institusi dan pemimpin kami mempunyai hubungan yang kukuh dan berpanjangan dengan penggubal dasar dan pembiaya yang berjanji untuk menyumbang dan memberi manafaat terhadap kelestarian jangka panjang dan penyebaran kerja kumpulan.
Hubungan ini termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Yayasan Gates, Institut Kesihatan Kebangsaan, Agensi Penyelidikan dan Kualiti Penjagaan Kesihatan, Pentadbiran Sumber dan Perkhidmatan Kesihatan dan Pejabat Penyelidikan Kesihatan Wanita, antara lainnya. Kami akan bekerjasama dengan pasukan pusat Cochrane untuk membangunkan kes sokongan khusus untuk kepentingan pihak berkepentingan antarabangsa dan pembiaya untuk mengembangkan lagi usaha kerjasama kami dan memastikan kelestarian kewangan.
Kumpulan Tematik Kesihatan Ibu, Bayi dan Kanak-kanak mengiktiraf dan menyokong keputusan strategik Cochrane untuk melibatkan diri dengan negara-negara berpendapatan sederhana bagi memastikan rangkaian penyelidikan lestari dapat dibangunkan di dalam kawasan ini, membolehkan bukti kami mencapai dan memperkasakan mereka yang paling memerlukannya.
Salah satu kekuatan utama pasukan kepimpinan kami ialah kerjasama yang teguh dan kukuh dalam institusi dan organisasi yang kami wakili.
Kami akan menyokong pasukan pengarang dalam pelbagai cara:
- Latihan: Kami mempunyai rekod prestasi yang panjang dan sukses dalam menyokong latihan pengarang Cochrane untuk kumpulan besar pengarang dan pelatih baru antarabangsa. Kami akan meneruskan kegiatan ini dan mempunyai jangkauan global melalui kursus secara maya dan melalui program Mobiliti Antarabangsa Cochrane.
- Isi kandungan dan perundingan metodologi: Melalui kepakaran kami yang pelbagai, kami boleh menyediakan kumpulan pengarang bantuan perundingan semasa semua fasa ulasan, termasuk memberi nasihat tentang strategi penyebaran utama dan kenalan.
- Ahli pasukan pengarang: Memandangkan keluasan rakan sekerja dan pelatih kami, kami boleh menyediakan pasukan pengarang baru atau ahli tambahan bagi membantu pasukan yang kekurangan kakitangan bagi meningkatkan kecekapan dan masa pusing balik ulasan.
- Pengulas rakan sebaya: Memandangkan rangkaian global kami yang luas dalam Kesihatan Ibu, Bayi dan Kanak-kanak, termasuk mempunyai ahli yang mempunyai pengalaman editorial dan mereka yang mempunyai pengalaman berurusan dengan pesakit/awam, kami boleh menyokong Perkhidmatan Editorial Pusat Cochrane dalam mengenal pasti pengulas rakan sebaya untuk semakan, yang akan membantu dalam ketepatan masa proses ulasan rakan sebaya .
Kami merancang untuk mencapainya melalui komunikasi secara berkala dengan lembaga penasihat strategik kami. Pasukan pentadbiran kami yang tertentu akan mempunyai kontak-kontak utama di dalam kawasan fokus yang berbeza untuk memudahkan komunikasi dengan cekap melalui ahli lembaga penasihat strategik.
Berita
Kami mengadakan mesyuarat di Sidang Kemuncak Bukti Global 2024 untuk mengukur minat. Kami kagum dengan penerimaan positif terhadap penciptaan kumpulan dan potensi kolektif bagi penyampaian dalam bidang keutamaan di lapangan. Kami merancang untuk mengadakan rumah terbuka untuk menilai minat masyarakat yang lebih luas. Nantikan!
Hubungi kami
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kerja kami atau untuk terlibat dengan Kumpulan Tematik Kesihatan Ibu, Bayi dan Kanak-kanak Cochrane, sila .
Kami berminat untuk membina gabungan dengan pelbagai pemimpin dan pakar. Jika anda berminat untuk menyumbang kepada kerja kami, sila beritahu kami lebih lanjut tentang kemahiran dan minat anda.