Langkau ke kandungan utama

Ujian untuk mengesan strabismus pada kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun dalam komuniti

Tujuan ulasan
Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui cara ujian yang berbeza berfungsi untuk mengesan strabismus di kalangan kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun di luar jabatan mata. Ujian ini digunakan dalam komuniti dan dilakukan oleh "screeners" yang bukan pakar mata.

Latar belakang
Strabismus (juga dikenali sebagai squint) berlaku apabila mata tidak sejajar. Ia boleh menyebabkan penglihatan yang kurang dan kegagalan mata berfungsi dengan baik bersama-sama, termasuk untuk penglihatan 3D. Beberapa ujian yang berbeza boleh digunakan untuk menyaring strabismus secara langsung, dengan mengukur salah jajaran; atau secara tidak langsung, dengan mengukur tahap visi dalam setiap mata (ketajaman penglihatan); atau dengan mengukur penglihatan 3D (stereopsis). Tidak diketahui mana ujian ini adalah yang paling tepat dengan betul mengenal pasti kanak-kanak dengan strabismus.

Keputusan dan kesimpulan
Hanya satu kajian yang didapati memenuhi piawaian untuk disertakan dalam ulasan ini. Kajian ini menggunakan fotoscreener (sejenis kamera yang mengukur ralat refraktif dan salah jajaran). Selepas pemeriksaan, semua kanak-kanak ditawarkan pemeriksaan oleh pakar penjagaan mata untuk mengesahkan kanak-kanak yang mempunyai strabismus. Fotoscreener adalah sangat tepat dalam mengenal pasti kanak-kanak tanpa strabismus (sangat spesifik) tetapi tidak tepat dengan mengenal pasti kanak-kanak dengan strabismus (kepekaan rendah sahaja).

Oleh kerana hanya satu kajian boleh dimasukkan ke dalam ulasan ini, tidak mungkin menyimpulkan ujian mana yang paling tepat untuk pemeriksaan strabismus. Kajian lanjut diperlukan untuk menentukan ini. Namun, mereka perlu memasukkan sejumlah besar kanak-kanak untuk dapat membuat kesimpulan yang sah secara statistik.

Adakah ulasan ini terkini?
Penyelidik Cochrane telah mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga 5 Januari 2017.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Hull S, Tailor V, Balduzzi S, Rahi J, Schmucker C, Virgili G, Dahlmann-Noor A. Tests for detecting strabismus in children aged 1 to 6 years in the community. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 11. Art. No.: CD011221. DOI: 10.1002/14651858.CD011221.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan