Cochrane menerbitkan bukti kesihatan berkualiti tinggi untuk meningkatkan kesihatan untuk semua. Pertubuhan Kesihatan Sedunia, profesional kesihatan dan orang seperti anda menggunakan bukti kami untuk membuat pilihan termaklum tentang kesihatan.
Cari bukti kesihatan ringkasan bahasa mudah kami:
Untuk carian lanjutan, pergi ke laman web Perpustakaan Cochrane.
Video: Apakah ringkasan bahasa mudah? (1 min 50)
Ringkasan bahasa mudah ialah ringkasan bukti kesihatan yang Cochrane menghasilkan, ditulis dengan cara yang boleh difahami oleh semua orang.
Di Cochrane, kami menulis ulasan sistematik penyelidikan ke atas kesihatan dan penjagaan manusia. Ulasan sistematik adalah cara yang paling boleh dipercayai untuk mengetahui sama ada rawatan tertentu berkesan. Cochrane mempunyai cara tersendiri untuk melaksanakan ulasan ini, yang dihormati oleh pakar kesihatan di seluruh dunia.
Kami menulis ringkasan bahasa mudah untuk membantu orang yang bukan pakar kesihatan memahami dan mentafsir penemuan penyelidikan tentang pelbagai topik dan keadaan kesihatan berbeza . Kami melakukan ini kerana kami mahu semua orang dapat membuat pilihan kesihatan yang termaklum, yang membawa kepada kesihatan yang lebih baik untuk semua. Kami menyertakan ringkasan bahasa mudah dalam semua ulasan sistematik kami.
Apakah bukti kesihatan dan bagaimana ia boleh membantu anda?
Cochrane membantu saya membantu diri saya sendiri, dan membantu ramai... Perpustakaan Cochrane memberikan anda maklumat yang boleh dipercayai, maklumat terkini, yang menjadikan anda pesakit yang lebih bijak dan lebih terlibat ."
Sara Yaron, bekas pesakit kanser payudara, Israel
Cochrane menghasilkan ulasan penyelidikan yang berkualiti tinggi tentang kesihatan manusia untuk membantu orang membuat pilihan termaklum tentang kesihatan. Ulasan-ulasan ini adalah satu bentuk bukti kesihatan. Kami juga menghasilkan bentuk bukti kesihatan yang lain bukti para penyelidik dan profesional kesihatan.
Setiap Ulasan Cochrane menangani soalan yang digubal dengan jelas. Contohnya: bolehkah antibiotik membantu mengurangkan gejala sakit tekak? Untuk menjawab soalan ini, kami mencari semua penyelidikan perubatan tentang penggunaan antibiotik untuk merawat sakit tekak yang melibatkan pengumpulan data dan maklumat baharu .
Seterusnya, kami memilih penyelidikan untuk dipertimbangkan berdasarkan kriteria dan piawaian tertentu. Ini bermakna kami hanya mempertimbangkan penyelidikan yang berkualiti . Kemudian kami menilai penyelidikan ini menggunakan garis panduan yang ketat, untuk menentukan sama ada terdapat bukti konklusif tentang sama ada antibiotik berkesan dalam merawat sakit tekak atau tidak. Pendekatan ini dipanggil 'ulasan sistematik'.
Ketahui lebih lanjut tentang ulasan sistematik.
Mengapa ulasan Cochrane boleh dipercayai?
Ia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai standard tertinggi dalam penjagaan kesihatan berasaskan bukti. Kami sentiasa mengemaskini ulasan Cochrane untuk memasukkan penyelidikan baru, agar anda boleh membuat keputusan rawatan berdasarkan bukti kesihatan yang boleh dipercayai dan terkini. Ulasan Cochrane dipercayai secara meluas disebabkan oleh kaedah-kaedah penyelidikan kami.