Akupunktur untuk sakit belakang kronik yang tidak spesifik (LBP)

Soalan ulasan

Adakah akupunktur dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi dan kualiti hidup yang berkaitan dengan belakang secara selamat bagi penghidap LBP kronik?

Latar belakang

Kebanyakan orang pernah mengalami LBP kronik. Sebilangan daripada mereka memilih akupunktur untuk menghilangkan rasa sakit dan gejala-gejala lain.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga 29 Ogos 2019.

Ciri-ciri kajian.

Kami mengkaji 33 kajian (37 artikel) dengan 8270 peserta. Kajian-kajian ini dilakukan di Eropah, Asia, Amerika Utara dan Selatan. Ia membandingkan akupunktur dengan rawatan palsu (plasebo), tanpa rawatan dan rawatan biasa.

Hasil utama

Berbanding dengan rawatan palsu, akupunktur mungkin kurang berkesan untuk mengurangkan kesakitan sejurus selepas rawatan. Akupunktur mungkin tidak dapat meningkatkan fungsi spesifik belakang sejurus selepas rawatan, atau mungkin tidak meningkatkan kualiti hidup dalam jangka pendek.

Akupunktur lebih baik daripada tidak ada rawatan untuk menghilangkan rasa sakit dan peningkatan fungsi segera setelah rawatan.

Dibandingkan dengan rawatan biasa, akupunktur nampaknya tidak mengurangkan kesakitan secara klinikal, tetapi nampaknya lebih efektif dalam meningkatkan fungsi segera setelah rawatan. Akupunktur tidak meningkatkan kualiti hidup dalam jangka masa pendek.

Kesan sampingan mungkin serupa antara akupunktur dan rawatan palsu, dan antara akupunktur dan rawatan biasa. Kesan buruk yang berkaitan dengan akupunktur dianggap kecil atau sederhana.

Kepastian bukti

Kepastian bukti berkisar dari sangat rendah hingga sederhana. Banyak kajian menunjukkan risiko berat sebelah yang tinggi kerana masalah dengan menutupi akupunktur atau peserta. Ini boleh mempengaruhi hasil yang dilaporkan oleh peserta dan kesan pengiraan kajian. Beberapa hasil didasarkan pada sampel kecil, menghasilkan ketidakkonsistenan dan ketidaktepatan hasil.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Pang Zhi Chiing (RCSI & UCD Malaysia Campus, kelas siswazah 2020). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save