Penggunaan probiotik untuk mencegah enterokolitis berkaitan dengan Hirschsprung

Soalan ulasan

Apakah manfaat and risiko menggunakan probiotik untuk mencegah enterokolitis berkaitan dengan Hirschsprung (HAEC)?

Mesej utama

Kami telah membandingkan kajian terkawal rawak (RCTS) probiotik berbanding plasebo, atau mana-mana intervensi lain yang tidak melibatkan probiotik, untuk mencegah enterokolitis berkaitan dengan Hirschsprung (HAEC). Pada masa ini tiada bukti yang mencukupi untuk menilai keberkesanan atau keselamatan probiotik untuk pencegahan HAEC.

Apakah itu HAEC?

HAEC ialah keadaan yang jarang berlaku. Ia boleh menyebabkan keradangan usus dan mengakibatkan gejala, seperti sakit perut dan cirit-birit, yang boleh mengganggu keseimbangan elektrolit dalam badan.

Apakah itu probiotik?

Probiotik ialah bakteria hidup yang boleh memulihkan keseimbangan semula jadi bakteria, dan mungkin mengurangkan keradangan usus. Namun, ia masih belum jelas sama ada mengambil probiotik membantu dalam pencegahan HAEC, dan jika ia selamat. Kami telah menganalisis bukti saintifik untuk menjawab soalan ini.

Apakah yang kami ingin tahu?

Kami ingin mengetahui sama ada probiotik boleh mencegah HAEC, dan jika probiotik dikaitkan dengan sebarang kesan yang tidak diingini.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami telah mencari kajian yang mengkaji probiotik berbanding dengan plasebo atau sebarang intervensi lain dalam kanak-kanak dengan penyakit Hirschsprung (HD). Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan kajian, dan menilai keyakinan kami terhadap bukti.

Apakah yang telah kami temui?

Kami telah memasukkan dua RCTs, dengan jumlah 122 orang dengan HAEC. Satu kajian berbilang pusat telah dijalankan di Amerika Syarikat dan Mesir, dan satu di China. Setiap kajian ini dijalankan dalam persekitaran hospital. Seramai 60 peserta telah dirawat dengan probiotik, dan 60 dirawat dengan plasebo (ubat palsu). Tempoh penyertaan adalah antara 1 sehingga 12 bulan. Satu kajian telah dibiayai oleh syarikat yang membekalkan probiotik; satu lagi oleh agensi kerajaan. Secara keseluruhan, keputusan menunjukkan tiada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan probiotik boleh mencegah HAEC.

Keputusan utama

Kami adalah sangat tidak pasti sama ada terdapat perbezaan dalam kejadian HAEC antara kumpulan yang menerima probiotik dan kumpulan yang menerima probiotik. Tiada kesan buruk yang serius telah dilaporkan. Kami adalah sangat tidak pasti tentang kesan probiotik terhadap keterukan HAEC.

Tiada kematian atau penarikan disebabkan peristiwa buruk secara keseluruhan telah dilaporkan. Terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam pengulangan HAEC antara kedua-dua kumpulan. Disebabkan kajian adalah sangat kecil, dengan laporan yang kurang memuaskan, kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan yang muktamad pada masa ini. Kajian yang dirancang dengan lebih baik dengan lebih banyak peserta diperlukan.

Apakah batasan bukti tersebut?

Kepastian tentang bukti berbeza daripada rendah sehingga sangat rendah, terutamanya kerana keputusan adalah tidak muktamad, dan tarikh yang tersedia adalah tidak mencukupi.

Adakah bukti ini mutakhir?

Bukti adalah terkini sehingga 27 Februari 2022.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tan Yin Xin (Alphanumeric Inc). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information