Berapa tepatkah ujian sputum Xpert untuk pemeriksaan saringan tuberkulosis paru-paru aktif dan kerentanan rifampisin dalam orang dewasa sama ada atau tidak mereka mempunyai gejala tuberkulosis?

Mengapa penggunaan ujian Xpert untuk saringan tuberkulosis paru-paru penting?

Tuberkulosis adalah penyebab utama kematia berkaitan penyakit berjangkit dan salah satu daripada 10 penyebab utama kematian di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penggunaan ujian cepat tertentu sebagai ujian awal untuk mendiagnosis tuberkulosis dan kerentanan rifampisin dalam orang yang mempunyai tanda dan gejala tuberkulosis. Walau bagaimanapun, WHO menganggarkan bahawa hampir satu pertiga daripada semua kes tuberkulosis aktif tidak didiagnosis dan tidak dilaporkan. Tidak menyedari keberadaan tuberkulosis (hasil ujian negatif palsu) boleh mengakibatkan penyakit dan kematian dan peningkatan risiko menjangkiti orang lain. Diagnosis tuberkulosis yang salah (hasil positif palsu) mungkin bermaksud bahawa orang diberi antibiotik tetapi tiada manfaat yang diperolehi.

Apakah tujuan tinjauan ini?

Untuk menganggarkan ketepatan Xpert MTB / RIF dan Xpert Ultra sebagai ujian saringan tuberkulosis paru dan kerentanan rifampisin dalam orang dewasa sama ada mereka mempunyai gejala tuberkulosis (seperti batuk, demam, penurunan berat badan, dan berkeringat malam). Kami tertarik dengan bagaimana ujian tersebut dijalankan dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk tuberkulosis, termasuk orang yang hidup dengan HIV (ODHA), hubungan rumah tangga orang dengan tuberkulosis, buruh, orang yang tinggal di penjara, pesakit diabetes, dan masyarakat umum.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Xpert MTB / RIF dan Xpert Ultra adalah ujian pantas untuk mendiagnosis tuberkulosis dan keretanan rifampisin secara serentak. Kami menggabungkan hasil kajian untuk menentukan:

- kepekaan: orang yang menghidap tuberkulosis (kerentanan rifampisin) didiagnosis dengan betul kerana menghidapnya.

- kekhususan: orang yang tidak menghidap tuberkulosis (kerentanan rifampisin) dikenal pasti tidak menghidapnya.

Semakin hampir kepekaan dan kekhususan pada 100%, semakin baik ujiannya.

Apakah hasil utama ulasan ini?

Dua puluh satu kajian: 18 kajian (13,114 peserta) menilai Xpert MTB / RIF sebagai ujian saringan tuberkulosis paru-paru dan satu kajian (571 peserta) menilai kedua Xpert MTB / RIF dan Xpert Ultra. Tiga kajian (159 peserta) menilai Xpert MTB / RIF untuk kerentanan rifampisin.

Untuk setiap 1000 orang yang diuji, jika 50 mempunyai tuberkulosis mengikut standard rujukan:

PLHIV

- Xpert MTB / RIF (12 kajian):

· 40 orang akan positif, termasuk 9 orang tanpa tuberkulosis (kepekaan 62%)

· 960 orang akan diuji negatif, termasuk 19 dengan tuberkulosis (99% kekhususan)

- Xpert Ultra (1 kajian) :

· 53 orang akan positif, termasuk 19 orang tanpa tuberkulosis (kepekaan 69%)

· 947 orang akan diuji negatif, termasuk 16 dengan tuberkulosis (98% kekhususan)

Untuk setiap 1000 orang yang diuji, jika 10 mempunyai tuberkulosis mengikut standard rujukan:

Kumpulan berisiko tinggi lain digabungkan

- Xpert MTB / RIF (5 kajian):

· 19 orang akan positif, termasuk 12 orang tanpa tuberkulosis (kepekaan 69%)

· 981 orang akan diuji negatif, termasuk 3 dengan tuberkulosis (99% kekhususan)

Untuk pengesanan kerentanan rifampisin, kepekaan Xpert MTB / RIF adalah 81% dan 100% (2 kajian) dan kekhususan adalah 94% hingga 100% (3 kajian).

Sejauh manakah keputusan kajian-kajian dalam ulasan ini boleh dipercayai?

Dalam kajian yang disertakan, standard rujukan untuk mendiagnosis tuberkulosis paru-paru (kultur) dan kerentanan rifampisin (ujian kerentanan ubat) mungkin merupakan kaedah yang boleh dipercayai untuk menentukan sama ada pesakit benar-benar mempunyai penyakit. Kami cukup yakin dengan keputusan untuk Xpert MTB / RIF di PLHIV, dan lebih kurang untuk kumpulan berisiko tinggi yang lain. Tidak cukup orang yang dikaji untuk meyakini hasil Xpert Ultra atau untuk mengesan kerentanan rifampisin.

Kepada siapakah keputusan ulasan ini boleh diaplikasikan?

Kajian dilakukan terutamanya dalam pengaturan tuberkulosis tinggi dan beban HIV yang tinggi. Tidak ada kajian yang menilai ujian dalam pesakit diabetes mellitus atau populasi umum.

Apakah implikasi ulasan ini?

Dalam PLHIV, Xpert MTB / RIF sebagai ujian saringan tepat untuk tuberkulosis dalam kawasan beban tuberkulosis tinggi. Dalam kumpulan berisiko tinggi, Xpert MTB / RIF dapat membantu mengenal pasti tuberkulosis, tetapi kepastian bukti rendah. Di PLHIV, kepekaan Xpert Ultra sedikit lebih tinggi daripada Xpert MTB / RIF dan kekhususan serupa berdasarkan satu kajian. Terdapat beberapa kajian dan beberapa orang yang diuji ketahanan terhadap rifampisin dan tidak ada kajian yang menilai ujian dalam pesakit diabetes atau populasi umum.

Sejauh mana ulasan ini dikemas kini?

19 Mac 2020.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information