Langkau ke kandungan utama

Sokongan kesihatan mental dalam komuniti untuk kanak-kanak pelarian dan remaja di negara berpendapatan tinggi

Kanak-kanak pelarian dan remaja yang telah menetap di negara berpendapatan tinggi berisiko mengalami masalah kesihatan mental disebabkan oleh cabaran-cabaran yang mereka hadapi sebelum, semasa, dan selepas penghijrahan.

Mesej utama

Bukti setakat ini tidak mempunyai kuantiti atau kualiti yang mencukupi untuk mengesyorkan intervensi yang perlu dilaksanakan dalam amalan. Program sokongan kesihatan mental dan intervensi sedia ada untuk kanak-kanak pelarian dan pencari suaka perlu dinilaikan supaya mereka boleh menambah bukti tentang perkara yang berfungsi untuk menyokong kesihatan mental dalam populasi ini.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Kami berhasrat untuk menilai bukti tentang promosi kesihatan mental, pencegahan dan rawatan yang dilakukan dalam komuniti untuk kanak-kanak pelarian dan remaja yang tinggal di negara berpendapatan tinggi. Sesetengah program atau intervensi mungkin menumpukan pada promosi kesihatan mental (untuk meningkatkan kesihatan mental) melalui pembinaan komuniti dan sokongan sosial, manakala yang lain mungkin fokus pada rawatan masalah kesihatan mental dengan penjagaan pakar individu.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami mencari kajian dalam pangkalan data dan pendaftaran dalam talian pada 23 Februari 2021.

Kajian bagi mana-mana reka bentuk layak asalkan mereka memasukkan pelarian kanak-kanak atau remaja berumur 18 tahun ke bawah dan menilai intervensi kesihatan mental berasaskan komuniti di negara berpendapatan tinggi.

Apakah yang telah kami temui?

Kami menyertakan 38 kajian dengan pelbagai reka bentuk kajian, ciri-ciri peserta dan intervensi. Tiga kajian menggunakan reka bentuk kajian rawak terkawal di mana rawatan yang diterima adalah secara rawak; ini biasanya memberikan bukti yang paling boleh dipercayai tentang kesan rawatan. Kami menggunakan kajian-kajian ini untuk menilai keberkesanan intervensi dan kebolehterimaan seperti yang ditunjukkan oleh berlakunya kejadian buruk.

Apakah batasan bukti tersebut?

Terdapat had penting yang berkaitan dengan kualiti kajian yang disertakan. Tiada bukti tentang kebolehterimaan intervensi. Data tentang keberkesanan, berkaitan dengan simptom masalah kesihatan mental, tekanan psikologi dan tingkah laku, tidak menunjukkan bukti perbezaan keberkesanan antara kumpulan intervensi dan kumpulan kawalan senarai menunggu (di mana intervensi tidak dihantar sehingga selepas peserta dalam kumpulan intervensi telah menyelesaikan rawatan) untuk ketiga-tiga kajian tersebut.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Soltan F, CristofaloD, MarshallD, PurgatoM, TaddeseH, VanderbloemenL, BarbuiC, UphoffE.Community-based interventions for improving mental health in refugee children and adolescents in high-income countries. Cochrane Database of Systematic Reviews 2022, Issue 5. Art. No.: CD013657. DOI: 10.1002/14651858.CD013657.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan