Adakah ubatan yang bertujuan mengurangkan kehilangan darah semasa pembedahan berkesan dalam pembedahan bagi trauma pelvis, pinggul, atau tulang panjang dan adakah ianya mengakibatkan kesan yang tidak diingini?

Mesej utama

• Kami belum lagi mengetahui ubatan terbaik untuk mengurangkan pendarahan dan transfusi darah semasa pembedahan untuk trauma pelvis, pinggul, atau tulang panjang (tulang paha).

• Sesetengah kajian masih sedang berjalan; apabila mereka telah selesai kami berharap akan dapat membuat kesimpulan yang lebih baik.

Latar belakang

Patah pelvis, pinggul dan tulang panjang boleh mengakibatkan pendarahan yang ketara, dengan kehilangan darah yang selanjutnya jika pembedahan diperlukan untuk membaiki tulang yang patah. Tulang panjang ialah tulang yang mempunyai batang dan dua hujung, dan panjangnya lebih daripada lebarnya. Ini termasuk tulang bahagian atas dan bawah kaki, lengan, dan tulang selangka. Patah tulang dan pembedahan seterusnya memberikan risiko transfusi darah dan anemia. Anemia adalah apabila bilangan sel darah merah atau kepekatan hemoglobin di dalamnya kurang daripada normal. Hemoglobin membawa oksigen ke seluruh badan - tahap hemoglobin yang rendah menyebabkan gejala seperti kelesuan, lemah, pening dan sesak nafas.

Mengapakah penting untuk mengurangkan transfusi darah semasa pembedahan vaskular?

Sekiranya orang berdarah dengan banyak semasa atau selepas pembedahan sebegini mereka mungkin perlu transfusi darah untuk menggantikan darah yang hilang. Adalah lebih baik untuk mengelak dari menerima transfusi darah, jika boleh, disebabkan transfusi darah boleh mengakibatkan kemudaratan. Ini adalah penting terutamanya semasa perkhidmatan kesihatan mempunyai bekalan darah yang terhad. Ubatan mungkin mengurangkan keperluan untuk transfusi darah dan komplikasi berkaitan, menambahbaik hasil pesakit, dan pengurangkan kos penjagaan kesihatan. Contoh ubatan seperti asid traneksamik dan faktor rekombinan VIIa. Namun, ia mungkin menyebabkan kesan yang tidak diingini, seperti darah beku.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Kami ingin mengetahui jika terdapat sebarang ubatan yang membantu mengurangkan kehilangan darah semasa pembedahan untuk membaiki kepatahan pada pelvis, pinggul, atau tulang panjang dalam orang dewasa. Kami juga ingin mengetahui ubat mana yang berkesan adalah yang paling berkesan. Pengurangan kehilangan darah mengurangkan risiko anemia dan memerlukan transfusi darah. Ia juga akan mengurangkan risiko keperluan pembedahan lain untuk menghentikan pendarahan atau untuk mengeluarkan pengumpulan darah yang banyak (hematoma) disebabkan oleh pendarahan sebelumnya.

Apa yang kami lakukan?

Kami mencari kajian yang menyiasat penggunakan ubatan untuk mengelakkan kehilangan darah dalam pembedahan jenis ini.

Apakah yang kami temui?

Kami menemui 13 kajian melibatkan 929 orang, diterbitkan antara 2005 hingga 2022. Kebanyakan kajian menilai keberkesanan dan keselamatan asid traneksamik, sama ada digunakan secara intravena (disuntik ke dalam vena), setempat (topikal - terus ke tempat yang cedera), atau gabungan keduanya. Hanya satu kajian melihat faktor rekombinan VIIa. Kedua-dua ubatan membantu darah untuk membeku.

Keputusan utama

Asid traneksamik intravena

Intravena asid traneksamik mungkin mengurangkan sedikit keperluan untuk tranfusi darah, dan ia juga mungkin mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan terhadap risiko kematian disebabkan oleh sebarang punca dan bilangan orang yang mengalami serangan jantung, atau strok.

Kami tidak pasti jika intravena asid transeknamik mempunyai sebarang impak terhadap risiko darah beku yang terbentuk dalam vena bahagian kaki (thrombosis urat dalam (DVT)), atau paru-paru (embolisme pulmonari), atau disyaki reaksi serius terhadap ubat. Tiada bukti yang menunjukkan sama ada ia mempengaruhi keperluan untuk pembedahan semula disebabkan oleh pendarahan, atau bilangan orang yang mempunyai reaksi serta-merta terhadap transfusi darah.

Asid traneksamik tropikal

Kami tidak pasti jika asid traneksamik topikal mengakibatkan keperluan transfusi darah, kematian disebabkan sebarang punca, atau bilangan orang yang mengalami serangan jantung, strok, atau DVT. Tiada sebarang bukti untuk menunjukkan sama ada ia mengakibatkan keperluan untuk pembedahan semula disebabkan pendarahan, atau bilangan orang yang mengalami embolisme pulmonari, reaksi serius terhadap transfusi darah, atau disyaki reaksi serius terhadap ubat.

Faktor rekombinan VIIa

Kami tidak pasti sekiranya faktor rekombinan VIIa mempunyai sebarang impak terhadap keperluan untuk transfusi darah, keperluan untuk pembedahan semula untuk pendarahan, risiko DVT, embolisme pulmonari, atau disyaki reaksi serius terhadap ubat. Tiada bukti untuk menilai sama ada ia memberikan impak terhadap kematian disebabkan pelbagai punca, risiko serangan jantung, strok, atau reaksi serta-merta terhadap ubat.

Apakah batasan bukti?

Kami mempunyai sedikit keyakinan terhadap bukti untuk sesetengah hasil, dan adalah tidak yakin tentang bukti yang lain. Ini adalah disebabkan kemungkinan orang dalam kajian mengetahui jenis rawatan yang diterima oleh mereka, juga, kajian adalah kecil, dan tidak memberikan kesemua data yang kami minati.

Kajian berterusan dan kemaskini masa depan

Dua puluh tujuh kajian dengan sejumlah 4177 peserta yang dirancang sedang berlangsung. Ini harus disiapkan dan diterbitkan dalam tempoh beberapa tahun ini. Hanya selepas mereka menerbitkan data mereka, kami boleh mengemaskini analisa kami dan berkemungkinan memberikan jawapan yang lebih kukuh daripada apa yang kami boleh sekarang.

Sejauh manakah bukti ini terkini

Bukti adalah terkini sehingga 7 April 2022.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information