Adakah pertandingan membantu perokok untuk berhenti dalam jangkamasa sederhana ke panjang?

Latarbelakang

Dalam pertandingan yang direka bagi membantu orang ramai untuk berhenti merokok, para peserta adalah di galakkan untuk berhenti merokok sementara turut berpeluang untuk memenangi hadiah ganjaran sekiranya mereka berjaya melakukannya. Beberapa pertandingan membenarkan kumpulan-kumpulan perokok untuk bersaing secara langsung antara satu sama lain, yang mana kumpulan yang paling ramai perokok berhenti merokok memenangi hadiah. Sebagai alternatif, seseorang yang berhenti merokok mungkin dimasukkan ke dalam undian untuk memenangi hadiah, seperti bayaran tunai, baucar, bonus gaji, barangan promosi (baju kemeja, pen atau beg), percutian, atau barangan mewah (kereta atau bot) . Satu pertandingan berhenti merokok yang tertentu menamakan pertandingan ‘Berhenti & Menang’ berlangsung di peringkat antarabangsa sehingga tahun 2006.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini telah menggabungkan kajian-kajian daripada dua ulasan sebelum ini. Satu daripada ulasan tersebut merupakan pertandingan dan insentif untuk berhenti merokok. Kajian-kajian yang menyiasat insentif kini dalam sebuah ulasan yang berasingan. Ulasan ini kami menyertakan kajian-kajian yang menyiasat pertandingan, di samping kajian-kajian yang awalnya termasuk dalam ulasan kajian pertandingan Berhenti & Menang. Kami juga mencari kajian-kajian berkaitan yang terkini diterbitkan sehingga Jun 2018. .Kami menyertakan 20 kajian yang melibatkan lebih daripada 11,000 peserta yang menyiasat pertandingan untuk menggalakkan orang ramai berhenti merokok. Lima daripada kajian-kajian ini, kumpulan-kumpulan perokok direkrut dari tempat kerja bersaing secara langsung antara satu sama lain. Dalam 15 kajian lain, perokok yang berjaya berhenti merokok dilayakkann masuk dalam cabutan hadiah.

Keputusan utama dan kualiti bukti

Tiada satu daripada kajian kumpulan-kumpulan perokok bersaing secara langsung antara satu sama lain mendapati bahawa lebih ramai orang berhenti merokok daripada kumpulan-kumpulan perokok yang sama yang tidak memasuki pertandingan. Menggabungkan keputusan-keputusan kajian percubaan terkawal rawak daripada pertandingan jenis undian, yang memberikan bukti terbaik, tidak menunjukkan bukti bahawa pertandingan meningkatkan kadar berhenti merokok. Tiga pertandingan Berhenti & Menang mendapati bahawa orang ramai yang bertanding mempunyai kadar berhenti merokok yang lebih tinggi daripada orang ramai dalam komuniti, yang tidak mengambil bahagian. Walau bagaimanapun, kajian-kajian ini adalah berkualiti rendah dan menunjukkan hanya sedikit kesan ke atas kadar keseluruhan merokok dalam masyarakat, kerana kurang satu daripada 500 perokok berhenti merokok kerana pertandingan Berhenti & Menang.

Empat belas daripada 20 kajian yang disertakan adalah kajian percubaan rawak terkawal, tetapi kebanyakannya tidak menerangkan kaedah kajian dengan cukup baik bagi membolehkan kami untuk memutuskan sama ada kajian mereka mempunyai kualiti yang tinggi. Keseluruhannya, kami menilai kualiti bukti yang disertakan dalam ulasan ini sangat rendah, jadi kami tidak dapat membuat kesimpulan yang kuat daripada keputusan-keputusan kajian. Adalah penting bahawa sebarang penyelidikan masa depan dalam bidang ini direka untuk berkualiti tinggi dan dilaporkan secara terperinci, supaya kami dapat mempertingkatkan keyakinan kami dalam keputusan-keputusan kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Fairuz Fadzilah Rahim (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Intan Juliana Abd Hamid, Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi fairuzfr@yahoo.com

Tools
Information