Sejauh manakah keberkesanan program pembinaan daya tahan pra-pengerahan untuk tentera dan kakitangan perkhidmatan kecemasan barisan hadapan?

Tentera dan kakitangan perkhidmatan kecemasan barisan hadapan berisiko mengalami PTSD (gangguan tekanan selepas trauma) dan masalah psikologi berkaitan trauma lain jika mereka menyaksikan kejadian yang berpotensi menimbulkan trauma. Peristiwa sedemikian termasuk menyaksikan kecederaan atau kematian atau terdedah kepada situasi di mana kakitangan itu sendiri berisiko mengalami kecederaan atau kematian. Secara teorinya, adalah mungkin untuk membina daya tahan psikologi kakitangan ini sebelum mereka terlibat dengan jenis kejadian ini, sekali gus mengurangkan kejadian dan keterukan kesusahan selepas peristiwa traumatik. Kajian ini mengenal pasti dan mengumpulkan bukti untuk jenis program membina daya tahan ini. Hanya kajian yang menggunakan kumpulan eksperimen berbanding reka bentuk kumpulan kawalan (kajian terkawal rawak (RCT)/kluster-RCT) telah dipilih untuk ulasan. Lebih 6774 rekod telah disaring, dengan 28 kajian dipilih untuk dimasukkan dalam ulasan. Program-program yang disertakan dalam ulasan ini telah dimaklumkan oleh teori yang berbeza ('teori orientasi') dan disampaikan dalam cara yang berbeza (contohnya atas talian/luar talian; berasaskan kumpulan/individu). Belum ada bukti yang mencukupi untuk menyokong dakwaan bahawa program sedemikian boleh membina daya tahan terhadap gejala tekanan psikologi dan mencegah diagnosis PTSD berikutan insiden kritikal. Ini bermaksud, terdapat had bagi bukti sedia ada. Terdapat kepelbagaian ketara dalam cara program membina daya tahan: berorientasikan teori, populasi disasarkan, cara ia disampaikan, tetapan digunakan dan hasil diukur (dengan lanjutan kepelbagaian dalam skala yang digunakan dalam hasil tertentu). Ini menjadikan membuat kesimpulan tentang keberkesanan program ini, sukar kerana ia selalunya tidak cukup serupa untuk membuat perbandingan yang adil. Penilaian masa depan perlu mengatasi had ini, sekali gus membolehkan kami menentukan sama ada program ini mempunyai nilai dalam penyediaan dan latihan pra-pengerahan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Gurmeet Albail SIngh. Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information