Sejauh tepat sitologi exfoliative ('kulit yang diikis' sitologi) untuk mendiagnosis karsinoma sel basal dan kanser kulit lain pada kalangan orang dewasa?

Mengapa meningkatkan diagnosis kanser kulit penting?

Terdapat beberapa jenis kanser kulit. Kanser kulit yang paling biasa ialah karsinoma sel basal (BCC). BCC ialah kanser setempat yang boleh bertumbuh dan memusnahkan kulit-kulit yang berdekatan. Kanser ini jarang merebak ke dalam badan saperti kanser lain. BCC yang berisiko rendah yang sangat kecil ataupun cetek boleh dirawati dengan rawatan seperti krim dan bukan pembedahan, sementara itu lebih baik jika mengeluarkan BCC yang lebih cenderung untuk bertumbuh dan menyebar melalui pembedahan. Radioterapi (sejenis rawatan di mana radiasi digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser) juga boleh digunakan jika BCCs adalah bersaiz sangat besar ataupun tidak dapat dikeluarkan melalui pembedahan. Karsinoma sel kanser skuamus cutaneous (cSCC) juga biasanya merupakan kanser kulit setempat. Dalam sebilangan kecil kes, kanser ini boleh menyebar ke bahagian badan yang lain, jadi rawatan yang terbaik ialah membuangnya menggunakan pembedahan. Melanoma merupakan salah satu kanser kulit yang paling berbahaya kerana ia mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk menyebarkan ke bahagian lain badan, dan oleh itu sangat penting untuk mengenali dan mengeluarkan lebih awal Jika pesakit BCC tidak menerima diagnosis yang tepat (dikenali sebagai keputusan ujian yang negative palsu), rawatan mereka boleh ditangguhkan, menjadikan prosedur pembedahan lebih rumit Diagnosis BCC apabila ia sebenarnya sesuatu yang lain (hasil positif palsu) boleh menyebabkan rawatan yang tidak perlu, pembedahan ataupun penyiasatan lain dan boleh menyebabkan tekanan dan kebimbangan pesakit. Jika BCC telah didiagnosis dengan tidak betul dalam seseorang individu yang sebenarnya mengalami cSCC atau melanoma, rawatan yang berkesan boleh di tangguhkan dan ini mungkin membawa kepada peluang yang lebih besar bahawa cSCC atau melanoma merebak ke organ-organ lain di dalam badan yang boleh menjadi sangat serius.

Apakah matlamat ulasan ini?

Matlamat ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sejauh tepat satu teknik yang dikenali sebagai 'sitologi exfoliative' dalam diagnosis kanser kulit. Para penyelidik dari Cochrane menjumpai sembilan kajian untuk menjawab soalan yang dikemukakan ini. Sembilan kajian adalah berkenaan dengan diagnosis BCC, dua kajian dengan diagnosis cSCC dan satu kajian lagi dengan diagnosis melanoma.

Apakah yang telah dikaji dalam ulasan ini?

Sitologi exfoliative bermaksud pengikisan permukaan kanser kulit dengan pisau dan kemudian menyebarkan lapisan pengikisan yang kecil ke slaid kaca supaya sel-sel di dalam lapisan pengikisan dapat dinodakan dan dilihat di bawah mikroskop. Procedur ini adalah kurang mengancam daripada biopsi kulit dan cepat untuk dijalankan dengan keputusan dapat diketahui dengan segera. ini boleh menjimatkan pesakit lawatan klinik tambahan untuk menerima untuk menerima keputusan biopsi kulit.

Apakah keputusan-keputusan utama dalam ulasan ini?

Ulasan ini memeriksa sembilan kajian yang melibatkan 1655 lesi (satu mol ataupun kawasan kulit yang mempunyai kepaparan yang luar biasa jika dibandingkan dengan kawasan kulit yang berdekatan) yang diberi diagnosis akhir*. 1120 BCCs, 41 cSCCs dan 10 melanomas.

Untuk mengenal pasti BCC, tujuh kajian menunjukkan kesan menggunakan sitologi exfoliatif untuk memastikan BCC dalam lesi yang telah disyaki sebagai BCCs oleh doktor. Dalam kumpulan yang melibatkan 1000 lesi saperti ini, dimana 860 (86%) sebenarnya mempunyai BCC, jadi:

- kira-kira 853 orang akan mempunyai hasil sitologi exfoliatif yang mengesahkan bahawa BCC hadir Daripada 14 (1.6%) ini tidak akan mempunyai BCC (hasil positif palsu)

daripada 147 orang dengan hasil sitologi exfoliative menunjukan bahawa tiada BCC hadir 21 (14%) akan sebenarnya mempunyai BCC (hasil negatif palsu)

Satu kajian membandingkan ketepatan sitologi exfoliatif dengan menggunakan mikroskop tangan (dermoscopy) bagi mendiagnosis BCC tetapi menggunakan kaedah pengeluaran sel-sel yang berbeza dan juga melibatkan pesakit yang berisiko melanoma yang lebih tinggi daripada yang didapati dalam lapan kajian lain.

Tidak ada bukti yang cukup untuk menentukan ketepatan sitologi exfoliatif dalam mendiagnosis cSCC ataupun melanoma.

Sejauh tepat keputusan daripada kajian-kajian dalam ulasan ini?

Bilangan kajian yang sedikit termasuk dalam kajian ini, gambaran yang tidak jelas tentang bagaimana pesakit dipilih untuk dimasukkan ke dalam kajian dan maklumat terhad mengenai bagaimana keputusan ujian digunakan untuk membuat diagnosis mengurangkan kebolehpercayaan hasil kami.

Kajian ini tidak menerangkan kaedah-kaedah perujukan pesakit untuk menjalani sitologi exfoliatif. Yang lebih penting sekali ujian ini hanya digunakan pada orang yang doktor telah mendiagnosis BCC hanya dengan melihat lesi kulit. Dalam erti kata lain, ujian ini digunakan untuk menentukan diagnosis daripada doktor. Kebanyakan kajian tidak melibatkan cukup orang dengan lesi kulit yang serupa dengan rupa BCC untuk memastikan bahawa ujian ini mengenal pasti BCC dengan betul. Ini mungkin mengakibatkan kelihatan sitologi exfoliatif yang lebih tepat jika dibandingkan dengan amalan klinikal yang sebenar

Siapa yang menggunakan keputusan ulasan ini?

Kajian-kajian dijalankan di UK, di seluruh Eropah dan Australia. Penulis kajian jarang menggambarkan ciri-ciri pesakit, seperti umur dan lokasi lesi. Peratusan orang yang dimasukkan dalam kajian dengan diagnosis BCC yang akhir adalah antara 18% hingga 90% (sembilan kajian). Bagi cSCC, ia adalah 4% dan 18% (dua kajian) dan untuk melanoma, ia adalah 5% (satu kajian) Memang tidak mungkin untuk mengetahui dari kajian bagaimana doktor telah memutuskan bahawa peserta kajian mempunyai lesi yang boleh menjadi kanser kulit.

Apakah implikasi ulasan ini?

Tidak ada sebarang penyelidikan yang dijalankan dengan menggunakan sitologi exfoliatif untuk mendiagnosis kanser kulit apabila pesakit berjumpa dengan doktor pada kali pertama. Keputusan-keputusan ulasan ini telah mencadangkan bahawa sitologi exfoliatif dapat membantu dalam memastikan BCC dalam kalangan pesakit yang mempunyai lesi kulit yang disyaki sebagai BCC oleh doktor. Ujian ini adalah bermanfaat bagi pesakit BCCs yang memerlukan rawatan bukan pembedahan seperti radioterapi, di mana diagnosis tisu diperlukan sebelum sebarang rawatan dapat diberikan.

Adakah ulasan ini terkini?

Penulis ulasan menyelidik dan menggunakan kajian-kajian yang diterbitkan sehingga Ogos 2016.

*Dalam kajian-kajian tersebut, biopsi ialah rujukan piawai (cara-cara untuk menentukan diagnosis yang akhir).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com)

Tools
Information