Akuablasi prostat untuk rawatan gejala saluran kencing yang lebih rendah di kalangan lelaki dengan hiperplasia prostatik yang tidak berbahaya

Soalan tinjauan

Bagaimana perbandingan Aquablasi dengan prosedur lain pada pesakit dengan ganguan gejala kencing yang disebabkan oleh prostat yang membesar?

Latar belakang

Prostat yang membesar boleh menyebabkan gejala saluran kencing yang mengganggu seperti sering membuang air kecil pada waktu siang atau malam, mempunyai aliran air kencing yang lemah, dan mempunyai perasaan tidak mengosongkan pundi kencing sepenuhnya. Apabila gaya hidup berubah (seperti kurang minum cecair) atau ubat tidak membantu, para lelaki boleh memilih untuk menjalani pembedahan, seperti reseksi prostat transurethral. Namun, prosedur ini boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini, seperti masalah ereksi dan ejakulasi, atau memerlukan rawatan semula. Ulasan ini melihat hasil Aquablation, yang merupakan rawatan baru yang menggunakan air tekanan tinggi untuk mengeluarkan tisu prostat dan membantu gejala saluran kencing.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari semua kajian yang membandingkan Aquablasi dengan reseksi prostat transurethral. Kami memasukkan kedua-dua kajian secara kebetulan memutuskan bagaimana lelaki dirawat dan kajian di mana lelaki dan ahli urologi mereka memutuskan. Pengulas mencari kajian sehingga 11 Februari 2019.

Keputusan utama

Kami hanya menemui satu kajian di mana secara kebetulan memutuskan bagaimana lelaki dirawat. Kami mencari semua kajian yang membandingkan Aquablasi dengan reseksi prostat transurethral. Rata-rata, lelaki berumur sekitar 66 tahun. Kami tidak mendapati sebarang kajian yang lain.

Kami mendapati bahawa Aquablasi mungkin memulihkan simptom kencing seperti reseksi prostat transurethral dan juga boleh menyebabkan kualiti hidup yang serupa. Kadar kesan serius yang tidak diingini mungkin serupa tetapi kami tidak sangat pasti mengenai perkara ini.

Lelaki yang menjalani Aquablasi mungkin mempunyai risiko yang sama untuk keperluan prosedur berulang seperti mereka yang menjalani reseksi transurethral pada prostat tetapi kami tidak sangat pasti dengan penemuan ini.

Aquablasi boleh membuat sedikit atau tidak ada perbezaan untuk fungsi ereksi tetapi mungkin mempunyai masalah yang lebih kurang dengan ejakulasi, tetapi kami tidak sangat pasti kedua-dua penemuan ini.

Penemuan ini didasarkan pada satu kajian yang dibiayai oleh syarikat yang membuat peranti itu digunakan untuk Akuaklasi. Semua data dihadkan pada tindak lanjut 12 bulan atau kurang dan ukuran prostat kurang daripada atau sama dengan 80 mL.

Kepastian bukti

Kepastian kami mengenai bukti yang kami dapati berkisar antara sederhana hingga sangat rendah kerana kekurangan dalam bagaimana kajian itu dijalankan dan saiz kajian yang kecil. Ini bermaksud bahawa kita mempunyai keyakinan yang sederhana, terhad atau sangat sedikit terhadap keputusannya, bergantung pada hasilnya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Saw Le Er (RCSI-UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save