Latar belakang
Glioma adalah tumor otak yang timbul dari tisu-tisu sokongan otak. Ia dikelaskan sebagai gred rendah (WHO 1 dan 2) atau gred tinggi (WHO 3 dan 4), bergantung kepada aktiviti sel dan berapa agresif tumor tersebut. Glioma didiagnos dalam 4 hingga 11 per 100,000 orang setiap tahun, terutamanya di negara berpendapatan tinggi. Sementara glioma gred rendah dan lambat membesar boleh diawasi sebelum membuat keputusan tentang rawatan sesuai (pengawasan aktif), kebanyakan orang dengan glioma akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tumor sebanyak yang mungkin. Selepas pembedahan, rawatan lain seperti radiasi dan kemoterapi mungkin sesuai, bergantung kepada gred tumor dan aspek-aspek lain. Rawatan standar untuk tumor gred 4, dikenali sebagai glioblastoma, ialah radioterapi dan ubat antikanser (temozolomide).
Dalam kalangan orang dengan tumor yang lambat membesar, imbasan pengimejan resonan magnetik (MRI) sering dibuat secara berselang regular untuk memeriksa pertumbuhan tumor sebelum rawatan. Selepas pembedahan untuk mengeluarkan glioma sebarang gred, pemeriksaan imbasan-imbasan regular dibuat untuk melihat bagaimana tumor respon kepada rawatan tambahan dan sama ada penyakit berulang. Imbasan kebanyakannya dijalankan pada tempoh tetap dan bukan kerana perubahan keadaan pesakit. Ini dikenali sebagai pengimejan pengawasan. MRI sering dibuat dalam tempoh tiga hari pembedahan glioma gred tinggi untuk memeriksa saiz tumor yang telah dikeluarkan.
Selain membuat imbasan regular, imbasan boleh dibuat apabila seseorang mengalami perubahan yang menunjukkan tumor telah membesar. Ini dikenali sebagai pengimejan simptomatik atau pencetus. Imbasan otak mahal dan imbasan regular apabila orang berasa sihat boleh menyebabkan kebimbangan. Juga, jika imbasan otak tidak dapat mengubah rawatan, imbasan itu mungkin tidak perlu. Kami membuat ulasan ini kerana tidak diketahui sama ada masa pengimejan yang berbeza boleh mengimpak jangkamasa survival seseorang selepas diagnosis. Kami juga ingin melihat pendekatan mana yang lebih baik untuk mengenalpasti perubahan tumor, dan kesan kepada kualiti hidup, kebimbangan dan depresi. Kami juga mencari pendekatan mana yang memberi nilai lebih baik untuk perkhidmatan kesihatan.
Bagaimana kami membuat ulasan ini dan apa kami dapati
Kami mencari kajian-kajian yang melibatkan orang dewasa dengan glioma dan membandingkan amalan semasa membuat imbasan pada titik masa tertentu dengan pendekatan lain. Kami hanya mendapati satu kajian yang memenuhi kriteria kami. Kajian ini dijalankan di pusat kanser USA dan melibatkan pesakit glioblastoma (mereka yang menghidapi glioma yang paling agresif) yang menerima rawatan antara tahun 2006 dan 2016. Kajian tersebut melibatkan 125 orang dan mengasingkan mereka kepada kumpulan yang menerima imbasan dalam tempoh dua hari pembedahan (imbasan awal) dan kumpulan yang tidak menerima imbasan awal. Kajian menunjukkan imbasan awal tidak mengubah kebarangkalian pesakit masih hidup satu dan dua tahun selepas diagnosis. Ini mungkin kerana imbasan awal tidak dibuat untuk mengubah rawatan yang sering melibatkan radioterapi dan temozolomide, dan kami tidak dapat melapor jika para pembedah yang terlibat berbeza atau mempunyai pendekatan penjagaan yang berbeza. Kami menilai cadangan perubahan minimum dalam masa survival imbasan awal atau tanpa imbasan awal sebagai sangat tidak pasti. Bilangan orang yang terlibat selama 10 tahun adalah kecil, dan keputusan untuk membuat imbasan selepas pembedahan bergantung kepada pilihan pakar bedah. Adalah tidak dapat jelas sama ada pakar bedah yang terlibat atau pendekatan penjagaan yang berbeza, atau sama ada penjagaan seseorang pesakit mungkin berubah dengan keputusan pengimejan awal. Carian lain tidak mendapati kajian yang melihat nilai pelbagai pendekatan pengimejan.
Kesimpulan
Kami masih tidak tahu sama ada membuat imbasan regular pada masa tertentu selepas diagnosis glioma mengubah keadaan pesakit. Bukit terhad ini, mencadangkan imbasan awal selepas pembedahan tidak mempengaruhi survival, tidak boleh dipercaya dan lebih banyak penyelidikan diperlukan, terutama imbasan awal mungkin dapat memperbaiki amalan klinikal pakar bedah, dan membuat keputusan sama ada pembedahan perlu diulangi lebih awal.
Masa terbaik dan alasan untuk mengimbas glioma otak dalam kalangan orang dewasa masih tidak diketahui. Pelajaran mungkin diperolehi daripada kajian-kajian melibatkan kanak-kanak, dan melihat koleksi kajian klinikal yang lebih banyak. Adalah penting untuk mengkaji potensi kos dan manfaat pelbagai strategi yang berbeza.
Diterjemah oleh Roshan Arjun Ananda (Monash University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my