Latihan kognitif untuk pesakit demensia ringan ke sederhana

Latar belakang

Dimensia yang disebabkan oleh penyakit Alzheimer dan penyakit yang lain merupakan sebab utama ketidakupayaan dan masalah kesihatan dan kemasyarakatan yang besar. Lebih daripada 40 juta orang di dunia kini hidup dengan demensiai, dan jumlah ini dijangka meningkat kepada lebih daripada 115 juta menjulang tahun 2050. Rawatan yang efektif untuk mengurangkan beban demensia sangat diperlukan. Latihan kognitif adalah satu jenis rawatan bukan farmakologi yang menumpukan perhatian kepada amalan berpandu terhadap tugasan yang disasarkan kepada fungsi kognitif spesifik, seperti daya ingatan, perhatian atau penyelesaian masalah. Sama ada latihan kognitif boleh membantu pesakit demensia ringan hingga sederhana untuk mengekalkan atau menambahbaikkan pemikiran, kesihatan dan fungsi keseluruhan adalah masih tidah diketahui.

Keputusan-keputusan utama

Kami menganalisa data daripada 33 kajian mengenai latihan kognitif yang menyertakan sejumlah 2000 orang peserta dan telah dijalankan di 12 negara. Kami menjumpai bahawa, berbanding dengan pesakit yang menerima rawatan biasa atau yang melibatkan diri dalam aktiviti bukan spesifik, pesakit yang telah selesai latihan kognitif boleh menunjukkan beberapa manfaat dalam kognisi keseluruhan serta kebolehan kognitif yang lebih spesifik seperti kefasihan lisan, dan penambahbaikan tersebut boleh bertahan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan. Kami tidak menjumpai apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa penyertaan latihan kognitif adalah dikaitkan dengan peningkatan beban untuk peserta. Tetapi, kami juga tidak menjumpai bukti bahawa latihan kognitif adalah lebih baik daripada rawatan aktif yang lain.

Batasan ulasan ini

Kualiti kajian yang diulas bervariasi tetapi tidak tinggi secara keseluruhan, jadi kepastian kami dalam sesetengah penemuan tersebut adalah rendah. Kajian masa depan patut terus meningkatkan kualiti, patut terus membandingkan latihan kognitif dengan rawatan yang lain, dan patut mengikuti peserta untuk jangka masa yang lebih lama untuk memahami sama ada manfaat kognisi yang diperhatikan bertahan melangkaui terma pendek atau sederhana.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi khoojinghern@hotmail.com

Tools
Information