Ubat yang kurang biasa digunakan untuk mencegah penyakit altitud tinggi

Latar belakang

Penyakit altitud tinggi (HAI) adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan keadaan otak dan paru-paru yang boleh berlaku semasa perjalanan ke ketinggian melebihi 2500 meter (~ 8200 kaki). Keadaan yang berkaitan dengan HAI umumnya mempunyai ciri-ciri sakit kepala, loya, muntah dan keletihan (sering disebut penyakit mabuk gunung akut), tetapi terutamanya memberi kesan kepada otak (mengantuk, kekeliruan atau tidak sedar diri) atau paru-paru (batuk, sesak nafas) dalam individu yang berbeza. Kami menilai lima kelas ubat yang jarang digunakan untuk mencegah timbulnya penyakit ini dalam ulasan ini.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terkini sehingga Mei 2017. Kami termasuk lapan kajian dan 334 peserta yang berkaitan dengan lima kelas ubat yang kadang-kala disyorkan untuk pencegahan HAI. Ubat-ubatan ini termasuk mereka yang meniru tindakan serotonin di bahagian tertentu (5-hydroxytryptamine(1) selektif reseptor agonis), ubat-ubatan yang mengawal tindakan kalsium (N-methyl-D-aspartate (NMDA) antagonis) daripada saluran darah (perencat endothelin-1), ubat-ubatan yang menghalang neuron (sel saraf) dari 'bertindak' (memulakan tindakan) dan sawan daripada berlaku (ubat anticonvulsant), serta ubat-ubatan yang mengawal natrium dan paras air (spironolactone). Semua kajian telah dijalankan di kawasan gunung tinggi. Para peserta berumur antara 16 dan 65 tahun. Hanya satu kajian termasuk orang yang berisiko tinggi dalam keadaan ini kerana sejarah HAI mereka. Empat kajian menyediakan intervensi antara satu hingga tiga hari sebelum pendakian (50%), dan tiga kajian kurang daripada 24 jam sebelum (37.5%). Peserta dalam semua kajian ini mencapai ketinggian akhir antara 3500 dan 5895 meter di atas paras laut. Hanya satu daripada lapan kajian termasuk tidak memberi maklumat yang jelas tentang sumber pendanaan (12.5%). Dua puluh empat kajian tambahan diklasifikasikan sebagai berterusan (12), atau menunggu klasifikasi (12; tidak dapat mendapatkan teks penuh).

Keputusan utama

Penilaian intervensi farmakologi yang kurang biasa digunakan mencadangkan bahawa terdapat kekurangan bukti yang berkaitan dengan intervensi ini. Bagi kebanyakan perbandingan yang dinilai, kami hanya menemui bukti dari satu kajian. Manfaat dan kemudaratan klinikal yang berkaitan dengan intervensi yang berpotensi seperti sumatriptan masih belum jelas.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah rendah ke sangat rendah. Beberapa kajian mempunyai kekurangan kualiti seperti hanya mempunyai saiz sampel yang kecil dan oleh itu menghasilkan keputusan yang tidak menentu. Kebanyakan ubat-ubatan yang dirangkumi dalam kajian ini, kajian tambahan diperlukan untuk menjelaskan keberkesanan dan keselamatan mereka.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information